SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengingatkan kontraktor yang mendapat projek penyenggaraan jalan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) supaya melaksanakan kerja berkualiti dan memanfaatkan rakyat.
Beliau berkata, terdapat 250 kerja di seluruh Negeri Sembilan disenaraikan di bawah peruntukan MARRIS fasa satu kali ini melibatkan kos RM100,000 setiap projek dengan nilai keseluruhan RM25 juta bagi kontraktor kelas G1.
"Peringatan untuk kontraktor, projek ini pada hari raya tetapi bukan bermaksud kontraktor dapat duit raya... kerja yang dilaksanakan mesti terbaik, saya tidak mahu ada aduan. Projek dijalankan mesti mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Cabutan Kerja Undi Fasa Satu penyenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS negeri bagi tahun ini, di sini, pada Selasa.
Aminuddin berkata, terdapat 2,589 daripada 2,634 kontraktor G1 di negeri ini memenuhi syarat serta layak menyertai undi berkenaan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri menerima tiga permohonan daripada tiga syarikat tempatan bagi penerokaan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.
"Kita telah minta Pejabat Tanah dan Galian membantu mereka, sekarang ini REE agak perlahan kerana harga pasaran dunia rendah, jadi permintaan berkurangan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Aminuddin (kiri) berkata, terdapat 250 kerja di seluruh Negeri Sembilan disenaraikan di bawah peruntukan MARRIS fasa satu kali ini. - Gambar Bernama
ASEAN 2025 | 24 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kejayaan ditentukan pada hari pengundian - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengingatkan ahli partinya agar tidak leka dan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
STARsabah tidak terima gabungan parti luar
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak menerima dan tidak akan bergabung dengan parti dari luar.
Sarawak bangunkan dua fasiliti pascaperubatan ala resort
Bukan sekadar Kalimantan, sektor pelancongan kesihatan di Sarawak kini menyasarkan pelanggan dari Jakarta, Kemboja serta Hong Kong.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau
Sarawak berhasrat menjadikan AirBorneo sebagai pemacu transformasi udara serantau, seiring dengan aspirasi menjadikan wilayah itu sebagai hab penting di Asia Tenggara.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan - James
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib telah mengarahkan pihak konsesi, Timatch Group, dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk segera bertindak menangani masalah bekalan air di Sandakan terutamanya di kawasan Karamunting.
Sabah bakal menerima jumlah pelaburan sebanyak RM58.3 bilion
Jumlah keseluruhan pelaburan asing dan domestik yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Sabah sejak September 2020 dianggarkan sebanyak RM17.41 bilion daripada 73 syarikat.
BWI kini disalurkan melalui BSN
Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir kini disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memastikan penyaluran lebih teratur dan telus.
RM22 Bilion diperuntuk bagi rancangan tebatan banjir seluruh negara
RM22 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Terkhilaf promosi produk, Siti Nurhaliza mohon maaf
Terkhilaf mempromosi produk berasas nikotin di sosial media miliknya, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tampil memohon maaf.

Jabatan Penjara cadang banduan dalam pemulihan bekerja di sektor perlombongan REE
Jabatan Penjara akan meneroka bidang baharu di bawah program pemulihan dalam komuniti (PDK) bagi membolehkan banduan bekerja dalam sektor perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan sasar REE dapat diproses tiga tahun akan datang - Rafizi
Rafizi berkata, teknologi untuk memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan.

Malaysia berpotensi teroka REE bagi menyokong industri pembuatan EV - Nik Nazmi
Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri REE di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembanan EV.

NRREE: Perak mampu imbangi monopoli China - Saarani
Perak dilihat menjadi wakil kepada Malaysia untuk menjadi pengimbang agar industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) tidak dimonopoli oleh China.

Lindungi unsur nadir bumi, galian fokus baharu Operasi Bersepadu Khazanah
Segala khazanah negara perlu dipelihara dan dilindungi agar tidak diceroboh serta diterokai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sambung runding FTA dengan EU, perkukuh dagangan intra-ASEAN, strategi hadapi kancah geopolitik
Malaysia telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.

Tujuan penubuhan SG4 baik tapi perlu teliti pasaran REE dunia - Zahid
Penubuhan Syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) oleh empat negeri ditadbir pembangkang bagi memajukan industri memproses nadir bumi (REE) sememangnya bertujuan baik.

Rakyat Malaysia bakal terima manfaat daripada peralihan tenaga hijau - Juwai IQI
Peralihan kepada tenaga hijau meningkatkan permintaan terhadap mineral kritikal dan rakyat Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripadanya.

Pulau Pinang bincang penerokaan unsur nadir bumi, hidrokarbon
Pulau Pinang sedang menjalankan perbincangan dengan syarikat-syarikat berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) susulan penerokaan hasil bumi berkenaan di beberapa kawasan di negeri itu.