SEREMBAN: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha khemah sewa yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, pihaknya telah mengingatkan beberapa kali yang khemah hanya boleh dipasang apabila ada tempahan daripada pelanggan dan bukannya membiarkannya dipasang setiap masa.
"MPPD terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan pada Isnin lalu sebanyak 16 unit khemah kanopi serta dua unit khemah 'camping' di Pantai Cermin dan Pantai Port Dickson telah dirampas.
"Tindakan penguatkuasaan itu dilakukan selepas MPPD menerima aduan pengunjung yang tidak berpuas hati pemasangan khemah di situ kerana menyebabkan mereka tidak dapat berkelah dan beriadah di pantai," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, MPPD akan menyita khemah dan tindakan lebih tegas akan diambil jika mereka didapati melakukan kesalahan sama berulang kali.
Ujarnya, MPPD sememangnya sentiasa mengambil perhatian rungutan orang ramai berkenaan isu itu yang didapati masih berlarutan.
"Oleh sebab itu, operasi penguatkuasaan dan pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan keselesaan orang ramai yang datang berkunjung di kawasan pantai Port Dickson," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 14 2022
Penguat kuasa MPPD menyita khemah yang dipasang di Pantai Port Dickson. - Foto Facebook MPPD
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.
Payung pantai lebih cantik ganti khemah biru di Telok Kemang bermula 11 Jan - MPPD
Beliau berkata pihaknya telah membuat perolehan payung pantai tersebut dan ia mengambil sedikit masa kerana melibatkan kuantiti yang banyak.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.
Peniaga khemah biru diarah henti operasi di pantai Port Dickson mulai 18 Nov
Notis arahan menghentikan perniagaan berkenaan melibatkan Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.
MPPD keluar notis henti sewaan 'khemah biru' di Port Dickson
Semua pengusaha khemah sewa di Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin di sini diarah menghentikan aktiviti perniagaan mereka.
MPPD sita khemah di Pantai Telok Kemang Port Dickson
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyita sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
Caj RM5 di Port Dickson: Bayaran bagi jaga kebersihan, fasiliti - MPPD
Kawasan tersebut adalah di PD Wellness Zone, Telok Kemang yang diselenggara oleh MPPD dan bukan milik persendirian.
Amaran untuk pengusaha khemah sewa degil di Port Dickson
Tindakan penguatkuasaan itu dilakukan selepas MPPD menerima aduan pengunjung yang tidak berpuas hati pemasangan khemah di situ kerana menyebabkan mereka tidak dapat berkelah dan beriadah di pantai.
Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam 1Malaysia 2014 di Port Dickson
Yang DiPertua MPPD Ab Khalid Mat berkata kejohanan itu akan bermula dari 8 malam (31 Dis) dan berakhir pada 10 pagi keesokannya (1 Jan).