KLANG: Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dengan cara mencium mulut mangsa, dua tahun lepas.
Hakim Syafeera Mohd Said mejatuhkan hukuman itu ke atas Zakaria Kamaludin, 67, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan pada prosiding yang berlangsung di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini berikutan tertuduh diserang sesak nafas pagi tadi.
Syafeera memerintahkan tertuduh dipenjara 10 tahun dari tarikh jatuh hukum iaitu hari ini, selain, mengenakan perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan peguam M. Thanakumaran yang mewakili terduduh yang memohon agar penangguhan hukuman sehingga pelupusan rayuan diberikan kepada warga emas itu, mengambil kira keadaan lelaki itu yang sedang mendapatkan rawatan di HTAR.
Namun, mahkamah juga memutuskan penangguhan itu adalah tertakluk kepada syarat bahawa tertuduh akan dihantar ke penjara sekiranya dia gagal memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari.
Mengikut pertuduhan, Zakaria didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berumur lapan tahun dengan cara mencium mulut mangsa bagi tujuan seksual di sebuah rumah di Meru dekat sini pada 5.40 petang, 21 April 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.
Terdahulu, Thanakumaran merayu anak guamnya dikenakan hukuman pemenjaraan yang singkat dengan alasan tertuduh merupakan seorang warga emas yang menghidapi masalah jantung dan keadaan kesihatannya juga semakin bertambah kronik.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Ayuni Jamri memohon agar tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan yang berat mengambil kira mangsa ketika kejadian berumur lapan tahun.
"Perbuatan tertuduh yang telah melakukan amang seksual berbentuk fizikal kepada mangsa ini menunjukkan bahawa tertuduh tidak mengendahkan undang-undang negara dan hukum hakam agama yang jelas melarang perbuatan ini.
"Tertuduh juga tiada sifat ihsan dan belas kasihan terhadap mangsa yang begitu muda, dengan perbezaan umur sebanyak 57 tahun antara tertuduh dan mangsa.
Saya juga pohon mahkamah mengambil kira trauma yang dialami oleh mangsa akibat daripada perbuatan tertuduh yang jijik dan terkutuk ini.
"Kesalahan dilakukan oleh tertuduh adalah merupakan suatu yang amat serius dan wajar dihukum dengan hukuman yang keras selain memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan serupa," katanya.
Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada 7 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Syafeera memerintahkan tertuduh dipenjara 10 tahun dari tarikh jatuh hukum iaitu hari ini, selain, mengenakan perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman. -Gambar fail/Pexels

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.

OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.