Amalan tidur singkat di siang hari antara resepi kejayaan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) negeri Sarawak, Kuan Kah Yee selain tekad untuk meraih kejayaan.
Pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak, Padawan ini mendedahkan tidur sebentar di siang hari membolehkan beliau memberi tumpuan yang lebih semasa membuat ulang kaji pada malam hari kerana mendapat rehat yang cukup.
Kuan yang berasal dari Siburan di Batu 17 Jalan Kuching-Serian di sini, bersyukur dan teruja kerana terpilih bersama seorang lagi pelajar mewakili Sarawak, untuk menghadiri Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2018 peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur pada Isnin.
BACA: Pencapaian STPM 2018 meningkat
Beliau memperoleh keputusan cemerlang empat A bagi subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekonomi dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
"Senior saya sering beritahu saya Tingkatan Enam sangat sukar dan banyak cabaran. Saya tidak sangka dapat melakukannya.
"Ibu bapa saya bekerja di kedai kopi, galakkan saya untuk teruskan pengajian walaupun pendapatan mereka tidak stabil," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Isnin, yang bercita-cita mahu memegang jawatan pengurus bank.
Terdahulu dalam satu kenyataan, Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata Kuan dan seorang lagi pelajar cemerlang, Connie Ong Hui May dari SMK Oya di Dalat dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian anugerah itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Kuan dan Ong antara 92 calon di sekolah menengah kebangsaan yang memperoleh PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2018 berbanding 51 calon di seluruh negeri itu pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2019

KAH YEE: 'Power nap' resipi kejayaan saya. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Amalan tidur singkat di siang hari 'resepi' kejayaan pelajar cemerlang STPM
Amalan tidur singkat di siang hari antara resepi kejayaan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) negeri Sarawak, Kuan Kah Yee selain tekad untuk meraih kejayaan.