KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad merayu kerajaan agar bertindak lebih tegas membanteras cetak rompak digital yang disifatkannya sebagai semakin ganas merosakkan industri kreatif tanah air.
Dalam surat rayuan kepada Kerajaan Malaysia, Syed Ahmad yang juga dikenali sebagai Altimet berkata cetak rompak digital kini telah menjadi satu epidemik dan ancamannya lebih besar terhadap kelestarian industri hiburan tanah air.
Mengambil contoh filem Sheriff: Narko Integriti, beliau berkata filem yang mencatatkan kutipan tertinggi tahun ini itu juga tidak terkecuali berdepan nasib sama apabila sejumlah besar babak ditonton secara tidak sah.
“Saya difahamkan bahawa meskipun Astro telah berusaha keras untuk membanteras jenayah ini dengan menutup 30 kumpulan Telegram yang mempunyai lebih 200,000 pelanggan, pencurian Sheriff: Narko Integriti masih berterusan, seolah-olah ia tidak dapat dibendung lagi.
"Bukan Astro sahaja yang mengalami permasalahan ini. Premier League turut bekerja keras dalam melawan cetak rompak digital," katanya dalam surat berkenaan pada Isnin.
Penyanyi dan komposer itu menambah kesan cetak rompak digital adalah luas dan ia tidak hanya menjejaskan pengarah filem, tetapi juga pelakon, kru, dan semua yang terlibat dalam seluruh ekosistem pengeluaran dan pengedaran kandungan.
Tegasnya, sektor kreatif mencipta pekerjaan, mendorong inovasi, serta meningkatkan jejak budaya negara ke peringkat global.
"Setiap wang ringgit yang hilang kepada cetak rompak digital adalah wang ringgit yang boleh dilaburkan semula dalam produksi baharu, pengutuhan pemasaran, atau mempelopori kemajuan teknologi dalam industri.
"Perjuangan melawan cetak rompak digital bukan hanya berkisarkan tentang usaha untuk melindungi keuntungan pembuat filem. Ia adalah perihal menegakkan prinsip hak harta intelek, yang merupakan asas kepada ekonomi yang berfungsi serta adil," katanya lagi.
Begitu pun, Altimet berkata situasi tersebut tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara luar dan kerajaan mereka sudah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekang isu cetak rompak digital itu.
"Sudah tiba masanya untuk Malaysia mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap cetak rompak digital dan melaksanakan langkah-langkah yang ketat serta memastikan penguatkuasaan yang lebih kukuh.
"Kita perlu mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh Indonesia dan Filipina. Kita mesti mewujudkan persekitaran yang selamat untuk industri kreatif kita.
"Setakat merayakan kejayaan sahaja tidak mencukupi; kita harus turut melindungi dan memastikan kelestarian kejayaan kita. Masa depan industri kreatif Malaysia bergantung kepada tindakan tegas dan segera," kata Altimet.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan langkah-langkah yang serupa dengan negara jiran seperti penguatkuasaan yang lebih kuat terhadap undang-undang sedia ada, peningkatan penalti bagi pesalah, serta kerjasama dengan syarikat platform kandungan untuk mengenal pasti dan menutup operasi cetak rompak digital.
"Tolonglah perjuangkan isu ini. Tolonglah berdiri teguh melawan cetak rompak digital dan lindungi integriti demi masa depan kreativiti Malaysia.
"Industri kreatif kita bukan sahaja perlu bertahan tetapi juga berkembang supaya ia bukan sahaja dapat menyumbang kepada ekonomi, malah, memperkayakan warisan budaya kita," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 02 2024
Altimet berkata cetak rompak digital kini telah menjadi satu epidemik dan ancamannya lebih besar terhadap kelestarian industri hiburan tanah air. - Foto Instagram/@altimet
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Cetak rompak digital: Finas, Altimet, PPIM kerjasama laksana kempen kesedaran 'android box'
Finas berkata, tindakan proaktif perlu diambil segera bagi mengatasi isu cetak rompak yang semakin meluas dengan kerugian dialami industri media dan hiburan di negara ini dianggar mencecah RM3 bilion.
Altimet rayu kerajaan tegas perangi cetak rompak digital
Altimet berkata situasi tersebut tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara luar.
Altimet tawar bantu bayar denda Selangor FC
Altimet berkata beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
Waris Fiza Kamarudin layak terima faedah Perkeso
Waris Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di London, United Kingdom layak menerima Faedah Pencen Penakat dan FPM daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet
Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024.
Baru menang beberapa hari, Altimet dah terima pelbagai aduan rakyat
Altimet membalas beberapa hantaran mengenai aduan, antaranya pertanyaan tentang masalah air di Taman Kosas, Ampang.
PRN: 'Terima kasih pengundi Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet
Syed Ahmad berkata tiada lagi perbezaan antara parti kerana beliau akan berkhidmat untuk semua rakyat Lembah Jaya.
PRN: 'Saya nak rehat dan tidur'- Altimet
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet, 45, mengakui perkara itu amat memenatkan.
PRN: 'Kalau nampak di warung, itu kerja...' - Altimet daripada penyanyi ke 'wakil B40'
Tidak sekadar berharap kepada pengaruhnya dalam dunia seni, Altimet sebaliknya meletakkan lebih 100 peratus komitmen bagi mendekati pengundi, yang hampir 40 peratus adalah golongan B40 di Lembah Jaya.