MELBOURNE : Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Kedua Malaysia-Australia menumpukan tiga tonggak utama dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Tiga tonggak utama itu adalah kemakmuran ekonomi, masyarakat dan teknologi serta pertahanan serantau.
Perkara itu dicapai bersama antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya, Anthony Albanese pada ALM di Rumah Kerajaan, Victoria pada Isnin sempena lawatan rasmi Anwar ke negara itu.
Ia selari dengan kerjasama yang akan dilaksanakan antara kedua-dua negara terutamanya dalam bidang baru muncul ketika kedua-dua negara sedang memulakan era progresif baharu.
Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Australia yang akan meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun depan, telah membina kerjasama mantap dalam pelbagai bidang kerjasama.
Katanya, hubungan ini diperkukuhkan lagi dengan Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) pada 2021 yang menyediakan pelan tindakan untuk membangunkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, belia dan sukan, ekonomi digital serta keselamatan siber.
“Tenaga boleh diperbaharui...teknologi hijau dan pastinya (bidang) digital. Keterjaminan makanan juga penting bagi kita dan ini menjadi satu keperluan mendesak di beberapa negara termasuk Malaysia.
“Begitu juga pendidikan. Terdapat banyak institusi pengajian tinggi dan universiti kebangsaan yang menubuhkan kampus di Malaysia, yang amat kami alu-alukan.
“Adalah menjadi tugas dan komitmen kami untuk memudahcara, malah mempercepatkan prosesnya,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia.
Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Kerjasama Pendidikan Tinggi; MoU dalam bidang Sukan; MoU dalam Keselamatan Siber dan Teknologi Kritikal; dan Kerjasama Praktikal antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia dalam bidang Sains dan Teknologi dan Aplikasinya untuk Pelaksanaan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT).
MoU terbabit diwakili oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Anwar sebelum itu diberi sambutan rasmi oleh Gabenor Victoria, Margaret Gardener dan Albanese di Rumah Kerajaan, Victoria.
Majlis itu mendahului perbincangan dua hala dan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Australia-Malaysia (ALM) Kedua.
Ini adalah lawatan sulung Anwar ke Australia dan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke ALM serta Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Mar 04 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya, Anthony Albanese mengadakan perbincangan di Rumah Kerajaan, Victoria pada Isnin sempena lawatan rasmi Anwar ke negara itu. - Foto PMO

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.