Jenazah anggota pasukan Batalion 5 (Malbatt 5) Allahyarham Rosdi Mohamad Zan, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini kira-kira pukul 7.30 malam ini.
Jenazah yang disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Panglima 2 Divisyen Mejar Jen Datuk Mohd Shukuri Ahmad tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kira-kira pukul 5.30 petang sebelum dibawa ke kediaman mertuanya di Taman Perpaduan Koperasi.
Suasana pilu menyelubungi perkarangan kediaman itu dan kira-kira 200 anggota keluarga, sanak saudara serta sahabat handai menanti ketibaan jenazah sejak awal lagi.
Sebelum anggota keluarga dibenarkan untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir, isteri Allahyarham Aniza Ariffin, 31, yang dipimpin anggota keluarganya kelihatan hiba sambil mendakap erat baju Melayu warna ungu milik Allahyarham yang dipakai pada Hari Raya tahun lepas.
Manakala anak bongsunya Nurul Damia Batrisyia, 3, yang memakai baju kurung berwarna ungu menangis teresak-esak dengan menyebut "Nak Ayah" berulang kali sambil dipujuk bapa saudaranya Noorasril Ariffin.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Hajjah Puteh Mahami di Taman Bercham Raya kira-kira pukul 6.30 petang untuk disolatkan sebelum dikebumikan.
Setelah pengebumian, Shukuri menyampaikan pingat daripada Lebanese Armed Forces (LAF) dan satu daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kepada Aniza sebagai menghargai sumbangan Allahyarham dalam misi tersebut.
Sarjan Rosdi, 32, anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lubnan maut apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam gaung.
Ketika itu kenderaan tersebut dalam operasi menunda kenderaan perisai Condor, berhampiran bandar Houla.
Bernama
Wed Aug 28 2013


Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Allahyarham Rosdi selamat dikebumikan
Anggota pasukan Malbatt 5, Allahyarham Rosdi Mohamad Zan yang meninggal dunia di Lubnan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun