Aliran trafik di lebuh raya utama negara secara umumnya dilaporkan lancar pagi ini.

Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan pergerakan trafik di beberapa lebuh raya kendalian syarikat itu dilaporkan lancar setakat 9.30 pagi.

Menurut jurucakap itu, beberapa kawasan trafik dilaporkan meningkat dari Seremban menuju ke Nilai namun pergerakan lalu lintasnya terkawal dengan satu kemalangan kecil dilaporkan di Kilometer 15.3 dari Putra Height ke bandar Saujana Putra. Bagaimanapun trafik masih terkawal.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya melaporkan trafik di plaza tol Bentong dan Gombak masih terkawal dari kedua-dua arah.

Menurut LLM, keadaan trafik masih lagi terkawal di ibu negara, namun aliran trafik dijangka bertambah petang ini apabila orang ramai pulang selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina.