KUALA LUMPUR: Dilahirkan sebagai insan istimewa dengan mengalami sindrom down tidak menghalang seorang remaja Muhamad Luqman Nazim Muhamad Fadzli untuk menjadi seorang penghafaz al-Quran.
Walaupun dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain, namun Muhamad Luqman Nazim, 17, dikurniakan daya ingatan yang kuat dan terang hati sehingga membolehkannya menghafaz surah-surah lazim seperti al-Fatihah, al-Falaq, an-Nas, al-Kaafirun, al-Asr, al-Fil, al-Ma'un dan al-Kausar sejak kecil.
Menurut ibunya, Farah Nazim Bulya Nazim, 42, yang menetap di Permatang Pauh, Pulau Pinang, anak sulung daripada empat beradik itu mula mengenal huruf, angka dan jawi pada usia dua tahun serta mula membaca ketika berusia enam tahun.
Malah anak istimewanya yang pernah menghidap penyakit jantung berlubang dan injap sempit ketika kecil, menamatkan bacaan Muqaddam semasa berusia 10 tahun dan kini sedang mengaji pada juzuk 15, surah al Isra' dengan dibantu bapanya Muhamad Fadzli Abdullah, 45.
"Alhamdulillah, Muhamad Luqman Nazim dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat. Dia dapat mengingat sesuatu dalam masa singkat dan cepat, contohnya dia mampu menghafaz surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 hanya dalam tempoh tiga hari dan terbaru, Qunut Nazilah dalam masa sehari.
"Saya sentiasa berbual dan bercakap dengan Luqman dengan sebutan intonasi menggerakkan mulut secara perlahan-lahan kerana saya percaya dalam usia ini dia sebenarnya sedang belajar melalui pergerakan bibir," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, Farah Nazim turut mengelak untuk bercakap dengan menggunakan bahasa pelat budak kecil bagi mengelakkan anaknya itu terikut dengan cara bercakap tidak betul.
Beliau juga sering mengurut muka Muhamad Luqman Nazim sejak dari kecil bermula dari bahagian kening, batang hidung dan mulut sampai ke pipi sambil berzikir.
Untuk proses menghafaz pula, Farah Nazim lebih selesa menggunakan kaedah pengulangan serta memberi ganjaran setiap kali anak-anaknya berjaya menghafaz sesuatu surah.
"Bagi saya anak-anak perlu diajar berdisplin termasuklah Muhamad Luqman Nazim. Sebagai ibu bapa, kita perlu tegas tetapi penyayang selain sentiasa memegang jawatan guru disiplin peribadi untuk anak-anak," katanya.
Selain dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat, Muhammad Luqman Nazim juga tidak kekok untuk membantu ibunya memasak sehingga video membantu ibunya memasak turut tular di media sosial baru-baru ini di laman Facebook (FB) 'Masak Apa Hari Ini'.
Gelagatnya yang sangat bersahaja dan ceria menyebabkan rata-rata warga net yang menonton video masakannya itu terhibur setelah melihat aksinya seperti seorang cef profesional mengendalikan program memasak.
Sementara itu, Farah Nazim yang juga ahli kumpulan Persatuan Bunga-Bunga Syurga Sindrom Down Malaysia, pada masa sama berharap agar masyarakat dan pihak berkenaan peka kepada golongan orang kurang upaya (OKU) ini dengan memberi peluang kepada mereka untuk hidup dalam komuniti.
"Anak-anak ini ada keistimewaannya tersendiri yang perlu dicungkil dan digilap secara berterusan. Mereka juga berhak disayangi dengan betul iaitu dengan memberikan didikan kendiri dan bukannya kasih sayang tanpa ilmu," katanya.
Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar satu silibus pendidikan khas Sindrom Down diwujudkan bagi memperkasa kebolehan golongan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Muhamad Luqman Nazim dikurniakan daya ingatan yang kuat. - Foto BERNAMA
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Aniaya kanak-kanak Sindrom Down, pengasas Rumah Bonda didakwa lagi
Siti Bainun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Pengasas Rumah Bonda ambil tindakan undang-undang
Perkataan yang mendakwa anak guamnya melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang dan pihaknya memandang serius penggunaan perkataan itu.
Pengasas Rumah Bonda mohon dapatkan semula hak jagaan lima anak angkat
Permohonan itu turut menyatakan ia adalah permintaan daripada keluarga kandung lima kanak-kanak itu yang mahu hak jagaan diberikan kepada pihak pemohon (Siti Bainun).
#JusticeForBella: Mengharap sinar pembelaan Bella, dan memburu sang durjana!
Penderitaan Bella meraih perhatian umum masyarakat di celah-celah kebimbangan tentang senario pandemik yang meresahkan.
Dera: Mahkamah lucut hak penjagaan terhadap remaja OKU - Rina Harun
Mahkamah telah melucutkan hak penjagaan terhadap remaja kelainan upaya (OKU) wanita berusia 13 tahun yang didakwa didera di sebuah pusat jagaan di Wangsa Maju pada Jun lalu.
Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.
Ada adik Down Syndrome, bintang ragbi New Zealand bantu tingkat kesedaran awam
Adik perempuannya, Zara Barrett atau lebih mesra dipanggil Zars, berusia 16 tahun, sering kali ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya.
Kanak-kanak maut selepas main 'tumbuk-tumbuk' dengan bapa saudara
Keluarga kanak-kanak lelaki yang ditemui meninggal dunia selepas didakwa bermain dengan bapa saudaranya yang menghidap Sindrom Down, masih terkejut dengan tragedi tersebut.
Video anak Sindrom Down menyanyi dengan bahasa isyarat sentuh perasaan
Sambutan untuk meraikan mereka yang menghidap Sindrom Down diadakan pada 21 Mac setiap tahun di seluruh dunia.
Senyuman bayi sindrom down pikat hati juri pertandingan foto
Lucas Warren dinobatkan dengan gelaran Spokesbaby 2018 selepas berjaya menewaskan 140,000 kanak-kanak normal lain.