KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.
Siti Bainun, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun ini, mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 20 Ogos lepas, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan remaja terbabit sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi, di lokasi dan masa yang sama.
Terdahulu, peguam Datuk Farhan Maaruf yang dibantu Nur Aminahtul Mardiah Md Nor memohon agar mahkamah mengguna pakai wang jaminan RM12,000 yang dikenakan terhadap anak guamnya sebelum ini kerana fakta serta bukti bagi kedua-dua kesalahan itu adalah sama.
"Pihak kami percaya jaminan RM12,000 yang dikenakan ke atas anak guam saya bagi pertuduhan sebelum ini mencukupi untuk memastikan kehadirannya di mahkamah, namun sekiranya mahkamah ingin mengenakan jaminan bagi pertuduhan kedua ini, saya mohon wang jaminan sebanyak RM3,000," kata Farhan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias memohon wang jaminan ditambah berikutan penambahan pertuduhan ke atas Siti Bainun.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengekalkan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu mangsa, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.
Noor Shakira Aliana turut memaklumkan kepada mahkamah, kedua-dua kes itu akan dibicarakan bersama dan setakat ini pihaknya telah menyediakan seramai 29 saksi pendakwaan untuk memberi keterangan.
"Pihak pendakwaan telah menyerahkan 13 dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan, namun terdapat beberapa dokumen lain yang masih belum diserahkan antaranya rekod janji temu mangsa dari Hospital Serdang dan gambar daripada forensik," katanya yang turut memohon tarikh sebutan bagi penyerahan dokumen tersebut.
Izralizam kemudian menetapkan perbicaraan kes itu berlangsung selama 15 hari bermula 30 Mac 2022 manakala sebutan kes ditetapkan pada 6 Jan tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Wanita itu didakwa telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 September 2024.

Tindakan Siti Bainun kejam, patut dihukum berat - Hakim
Tindakan Siti Bainun Ahd Razali terhadap kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella adalah kejam dan perlu diberikan hukuman yang berat.

Siti Bainun bebas atau bersalah, diketahui esok
Keputusan di akhir kes pembelaan itu akan diputuskan oleh Hakim Izralizam Sanusi pada jam 10 pagi.

Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik - Siti Bainun
Siti Bainun memberitahu mahkamah bahawa dakwaan dia telah mendera Bella di bilik dobi sebuah unit kondominium di Wangsa Maju adalah tidak masuk akal.

Siti Bainun cuti sakit 22 hari, bicara tangguh
Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari.

Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
Siti Bainun ddidakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Kes Siti Bainun: Ada unsur penderaan atau penganiayaan terhadap Bella - Saksi
Seorang pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa terdapat unsur penderaan atau penganiayaan terhadap remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Kes Siti Bainun: Bella sambung keterangan esok
Bella akan menyambung keterangannya esok dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.