INGATAN kembali pada tahun 1966. Ketika itu gua sedang menunggu keputusan peperiksaan LCE dalam tingkatan tiga.
Tetiba satu irama muzik baru sampai. Gua yang baru belasan tahun ketika itu akan jadi ‘belia’ jika tidak kenal dengan irama muzik ini.
Atau gua tak kenal apa itu James Bond. Walaupun menyebut nama pelakonnya salah – entah Saun Konnery atau entah entah Sin Konnery.
Ketika ini gua terbaca dalam Utusan Melayu (Jawi) Mamat bernama John Lennon dan The Beatles dari Liverpool sedang mengharuk kota London.
Ketika ini juga gua terbaca George Best penyepak bola dari Manchester United telah dinobatkan untuk menjadi ahli kelima The Beatles.
Di zaman ini rambut anak muda - yang jantan dan betina - jika ada sikap hormat diri akan menyimpan rambut panjang. Yang lelaki cuba memakai jambang.
Semuanya cool dan semua menjadi super cool. Ketika ini gua terbaca di Utusan Melayu (Jawi) berita melaporkan, M. Zain (Labu) didenda 200 Ringgit kerana mengunakan ganja di Singapura .
Ini era 60’an. Ini zaman gua jadi anak muda. Ini sebelum Woodstock. Hippies baru nak muncul.
Di Eropah, era ini dicap dan dinobatkan sebagai The Sixties. Muzik, fesyen, bola, ganja dan seks mula berkenalan untuk meneraju dan mengubah dunia. Dunia sedang diasak dan diubah oleh gelombang anak muda.
Era pnam puluhan ini diijabkabulkan dengan pesta demonstrasi pelajar siswa di kota Paris pada Mei 68.
Demo merebak dari Paris ke London ke Berlin ke Tokyo ke Washington DC dan akhirnya sampai juga ke kampus Universiti Malaya pada tahun 1969.
Gua tulis ini untuk memberi gambaran latar belakang budaya yang membidani apa yang kita kenali hari ini sebagai Pop Yeh Yeh.
Di zaman ini lahir A. Ramlee dan The Ryhtm Boys, Jeffri Din dan The Siglap Five.
Gua akan dilihat belot pada sejarah jika gua tidak merakamkan bahawa pemula semua ini adalah M. Osman dengan Suzanna.
Dunia muzik Tanah Melayu mengelompak – ago ago.
Untuk gua, kugiran yang paling cool pastilah The Swallows dan Kassim Selamat.
Ini kugiran dari Singapura. Dunia pop Tanah Melayu mengegelak dengan La Obe.
Irama ago ago mengoncang bumi Melayu. Faham tak faham bahasa Boyan bukan menjadi halangan untuk menjadi peminat setia Kassim Selamat.
Gua anggap The Swallows dan Kassim Slamat sebagai kugiran yang paling ‘counter culture’ bukan kugiran ‘belia bergerak maju'.
Opss, gua lupa perkataan kugiran ini muncul di zaman ini. Singkatan daripada Kumpulan Gitar Rancak.
Kelmarin lepas berbuka puasa gua dapat SMS daripada seorang kawan.
Mamat ini cikgu di Aswara. Pesanan ringkas: Kassim Selamat La Obe meninggal dunia. Al-fatihah.
Bila membaca teks ini maka segala ingatan datang kembali. Mustahil gua akan melupakan siapa Kassim Slamat. Mustahil gua akan melupakan zaman muda gua.
Dari fun fair ke fun fair berebut-rebut membeli tiket untuk melihat penyanyi pop dari Singapura.
Tapi Kassim tak pernah sampai ke Fun Fair di Kuala Klawang Jelebu. Justeru gua tak pernah melihat Kassim dalam tahun 60’an.
Tapi La Obe mustahil akan gua lupa. Ini lagu patah kasih. La Obe dalam bahasa Boyan ertinya sudah berubah.
Kisah anak muda ditinggal kekasih. Kasih pertama yang gagal paling menyayat hati. Mustahil gua akan melupakan kekasih gua yang telah lari meninggalkan gua. La Obe adalah gua. La Obe muncul sebelum gua reka konsep Gagalis.
Gua berkelana tapi hati gua masih terpahat dengan La Obe. Di London gua faham apa makna George Best sebagai Beatles ke-5.
Gua terbaca bahawa sang Beatles sebelum bermain di Cavern Club Liverpool tahun 1961 pernah bermain di Star Club Hamburg Jerman pada tahun 1960.
Gua juga terbaca berita Kassim Slamat dan The Swallows pernah dilamar untuk bermain disebuah kelab di Jerman.
Gua tahu berita ini awalnya dari membaca Utusan tentang bagaimana La Obe menjadi ‘top Hit di Jerman’.
Diberitakan anak seorang diplomat di Singapura telah membawa pulang piring hitam rakamam La Obe. Lagu ini dimainkan di radio. Lalu La Obe meledak.
Aduh! Rupa rupanya bahasa Boyan ini seakan akan sama dengan bahasa Jerman. Maka La Obe menjadi hot hot hot.
Masuk tahun 1998 – gua sudah pulang dari berkelana. Gua mahu bikin filem. Gua mahu anak muda bangun melawan. Lalu gua teringat dengan kisah cinta yang telah berubah.
Gua mahu membuat ‘homage' – penghormatan kepada kumpulan counter culture yang gua minati.
Gua juga mahu mengingati kembali zaman cool sebelum Melayu suka jadi Tok Arab.
Lalu gua merancang dalam skrip agar Kassim Slamat muncul dalam Dari Jemapoh Ke Manchestee. Gua mahu La Obe menjadi lagu tema filem Dari Jemapoh.
Semua perjanjian diurus. Kassim Slamat datang ke Kuala Lumpur untuk penggambaran. Kami bertemu di flat gua di Jalan Permai Bukit Robson. Sambil minum kopi, gua dan Kassim berlabun.
"Betul ada jemputan untuk The Swallows bermain di Hamburg, Jerman," gua bertanya walaupun gua sudah tahu jawapannya.
Kassim menerangkan ketika La Obe melonjak, beliau bekerja di Pelabuhan Singapura.
"Susah juga nak cuti masa itu, kalau ada jemputan, main kat Melaka ke saya curi-curi tak datang kerja."
'Apa jadi dengan pelawan itu?" gua bertanya lagi .
"Susah tak tahu macam mana, kita pun tak ada manager... hal makan minum dan tempat tinggal. Maka kami tak pergi, kami tak pergi ke Jerman."
Ayat ini mengingatkan saya kepada Pete Best yang tidak pergi bersama John Lennon ke Jerman.
Hari ini dia dianggap sama saperti George Best sebagai ahli kugiran The Beatles ke-5.
Apakah akan terjadi jika The Swallows menerima jemputan bermain di kelab di Jerman?
Pasti The Swallows dan Kassim setaraf dengan The Beatles yang dijemput dari Liverpool.
Ketika bermain di Hamburg, John Lennon belum jadi John Lennon. Tapi Kassim dan The Swallows telah ada rakaman piring hitam.
Gua bayangkan anak muda Boyan mengubah muzik dunia sama sataraf dengan The Beatles.
Apakah sejarah muzik pop dunia bertambah hasil kretiviti lima orang anak Boyan. Semua ini muncul dalam ingatan gua.
Dalam Dari Jemapoh, Kassim memakai jaket ketat merah – ini fesyen uniform kugiran pop yeh yeh.
Penggambaran dilakukan dalam studio Paragon di Jalan Chan Sow Lin.
Dalam filem ini, satu gig anak muda telah memberi penghormatan kepada Kassim kerana La Obe telah sampai ke top chart music radio Jerman.
Bank Punk Caburrator Dung dan Joe Kidd menjadi pemuzik dalam filem Dari Jemapoh.
Malah gua telah mendapat kebenaran daripada Kassim untuk membuat irama baru untuk La Obe. Lagu ini digarap oleh Joe Kidd dan kawan-kawan.
Kepada anak muda yang membaca tulisan ini – gua mahu beritahu seperti kata-kata Yadi (watak utama) "Masa muda jadi berani" atau "Angan-angan ada tapi tak pernah jadi cita cita." "Dah tua jadi takut.’
Ini kata-kata watak polis yang menyesali hidup tuanya kerana ketika muda tidak melakukan sesuatu yang cool.
Pada hemat gua jika Kassim sampai ke Jerman dia bukan menjadi Beatles kelima. Kassim dan The Swallows akan menjadi setaraf dengan the Beatles.
Apa yang jelas ialah Kassim terus menjadi buruh di Pelabuhan Singapura.
Sejarah tidak dapat diubah. Gua hanya merakamkan sejarah. Sejarah wajib dilakukan ketika kita muda.
Al-Fatihah.
Hishamuddin Rais
Mon May 27 2019
Kassim Slamat atau nama sebenarnya Kassim Rahmat menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di Singapura pada Ahad (26 Mei).
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Alunan merdu Alif Satar baca Al-Fatihah
Bukan saja menyanyi sedap, baca surah Al-Fatihah pun merdu.
Al-Fatihah Kassim Slamat, La Obe
Ingatan kembali pada tahun 1966. Ketika itu gua sedang menunggu keputusan peperiksaan LCE dalam tingkatan tiga.
Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia
Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini.
"Dah 9 tahun Banchik tinggalkan keluarga..." - Tajul terkenang pemergian Achik Spin
Adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari mengenang kembali saat pemergian abangnya yang tersayang.
Sakit kanser tiroid dan kulit, Abang Rita Sosilawati meninggal dunia
Takziah...
Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya: Wak Doyok
Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkongsi kesedihan di laman sosialnya.
Bekas Menteri Abdul Manan Othman meninggal dunia
Bekas Menteri Perusahaan Utama dan Menteri Pertanian, Datuk Abdul Manan Othman, 81, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.