Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Rita menerusi kemas kini Instagramnya malam tadi.
"Al-Fatihah untuk Allahyarham abang saya MOHD HAIRIL RIZUAN BIN BUHARI yang telah pulang ke rahmatullah pada 12.28 tenghari 15/4/2019 atas sebab kanser tiroid and kanser kulit
"Ya Allah engkau ampunkanlah dosanya, luaskanlah kuburnya, berikan rahmat kepadanya.
"Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, amin ya rabb," tulisnya yang turut berkongsi foto abangnya itu.
Bagi mengelakkan salah faham, Rita turut menjelaskan, abangnya itu merupakan adik-beradiknya berlainan emak.
"Yes ini abang saya satu bapa lain mak. Kepada yang bertanya, kira abang kandung ok," tambahnya yang memanggil abangnya dengan gelaran Abang Kuku.
Takziah kami ucapkan atas kehilangan Rita.