Video pendek dimuat naik di akaun Instagramnya yang merakamkan Alif begitu asyik membaca Al-Fatihah turut diserta dengan coretan ringkas.
“Whenever I feel down, scared, nervous… This keeps me calm. Kena ingat yang segala aturan Dia adalah yang terbaik untuk kita… Insya-Allah. Salam Jumaat semua,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, ruangan komen Alif rata-rata dihujani dengan coretan peminatnya amat mengagumi kemahiran dan kemerduan suara penyanyi berkenaan.
Alif dan isteri, Sha Dila Halid yang mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.
Pasangan berkenaan juga kini sedang menanti kelahiran bayi ketiga mereka tidak lama lagi.