Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian di Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua peratus pada Januari 2017 bagi perbandingan tahun ke tahun, kata Monster Employment Index (MEI).
Dalam satu kenyataan, MEI berkata ini merupakan kenaikan tujuh peratus daripada negatif lima peratus yang dicatatkan pada Disember tahun lepas.
Sektor penyedia perkhidmatan maklumat dan teknologi (IT), telekomunikasi (telekomunikasi) /Internet dan penyumberan luar teknolgi maklumat yang membolehkan proses perkhidmatan/perniagaan mencatatkan pertumbuhan ketara sebanyak 36 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.
Ia merupakan kenaikan 21 peratus daripada 15 peratus yang dicatatkan pada Disember tahun lepas.
Sebaliknya, sektor hospitaliti mengalami keadaan paling teruk, melaporkan penurunan tahun ke tahun sebanyak -19 peratus pada Januari 2017.
Sementara itu, pekerjaan khusus, perisian, perkakasan dan bakat telekomunikasi menyaksikan permintaan tahun ke tahun yang paling kukuh pada 57 peratus, yang juga merupakan pertumbuhan mendadak kumpulan dicatatkan dalam siri tersebut.
"Sektor teknologi kewangan yang semakin popular dan diberi tumpuan di Malaysia telah banyak memacu pertumbuhan pengambilan pekerja dalam sektor Teknologi Maklumat (IT), perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI).
"Permintaan dalam industri logistik juga berkemungkinan memperlihatkan kenaikan sejajar dengan pelaksanaan logistik dan pelan induk pemudahan perdagangan.
"Ini adalah bukti dalam MEI kami, di mana permintaan bagi para profesional ini mencatatkan pertumbuhan positif," katanya.
MEI Malaysia adalah ukuran bulanan bagi aktiviti pengambilan pekerjaan dalam talian, berasaskan pada kajian masa sebenar peluang pekerjaan.
Indeks tersebut tidak menggambarkan arah aliran mana-mana pengiklan atau sumber, tetapi merupakan ukuran perubahan dalam senarai pekerjaan dalam industri tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2017
Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian di Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua peratus pada Januari 2017. - Gambar hiasan
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian naik dua peratus tahun ke tahun pada Januari 2017
Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian di Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua peratus pada Januari 2017 bagi perbandingan tahun ke tahun, kata Monster Employment Index (MEI).