SHAH ALAM:Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di mukim Klang dan Kapar, ditangguhkan mulai semalam sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan demikian diambil, berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di daerah berkenaan, termasuk pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.
"Hanya tiga petugas masjid dan surau dibenarkan melakukan aktiviti solat fardu dan solat Jumaat sepanjang tempoh ini, di 48 buah masjid dan 223 surau yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Shahzihan berkata, sebanyak 23 buah masjid dan 110 surau di mukim Kapar yang merupakan zon kuning, akan dibenarkan beroperasi semula jika tiada kes baharu dicatatkan dalam beberapa hari lagi.
"Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengawasan dan Penilaian Prosedur Operasi Standard Masjid dan Surau Negeri Selangor, pada minggu hadapan," katanya.
Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan mengenakan PKPB di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan terbabit.
Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pelaksanaan PKPB diambil bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut, serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020
JAIS mengarahkan semua aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di mukim Klang dan Kapar, ditangguhkan mulai semalam. - Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Sesi persekolahan sekolah seliaan JAIS di daerah Petaling ditangguh mulai hari ini
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata penangguhan itu berkuat kuasa sehingga terdapat arahan baharu daripada jabatan itu.
Aktiviti masjid, surau di mukim Klang dan Kapar ditangguh - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di mukim Klang dan Kapar, ditangguhkan mulai semalam sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid boleh diteruskan - Mufti Kelantan
Beliau juga menasihati masyarakat supaya menitikberatkan soal kesihatan dan kebersihan.