Solat Jumaat dan aktiviti masjid di Kelantan boleh diteruskan seperti biasa walaupun negeri itu mencatatkan satu kes positif COVID-19.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri Mohamad bagaimanapun berkata sekiranya keadaan berbeza, satu keputusan lain akan dibuat berhubung perkara itu.
Beliau juga menasihati masyarakat supaya menitikberatkan soal kesihatan dan kebersihan.
"Boleh diteruskan kecuali keadaan berkehendakkan satu keputusan lain.
"Baru seorang, tidak memerlukan apa-apa perubahan. Masing-masing kena jaga, tingkatkan kebersihan dan kesihatan," katanya.
Beliau turut menasihati ahli jemaah tabligh atau sesiapa sahaja yang berasakan diri mereka terdedah kepada wabak berkenaan agar segera membuat saringan dan pemeriksaan.
Ini kerana dalam kaedah Islam, menjaga kesihatan diri dan memelihara diri dan orang sekeliling daripada kemudaratan merupakan satu tuntutan wajib yang perlu dipatuhi.
Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan satu kes positif COVID-19 di Kelantan melibatkan seorang ahli jemaah tabligh.
Jabatan Kesihatan Kelantan pula melaporkan 132 ahli jemaah tabligh sudah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, tiga kes dirawat di hospital kerana mempunyai tanda klinikal manakala 70 orang sudah dikuarantinkan.
Muhafandi Muhamad
Sat Mar 14 2020
![COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid boleh diteruskan - Mufti Kelantan COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid boleh diteruskan - Mufti Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453566697_MohamadShukriMoham.jpg)
MOHAMED SHUKRI: Boleh diteruskan kecuali keadaan berkehendakkan satu keputusan lain. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sesi persekolahan sekolah seliaan JAIS di daerah Petaling ditangguh mulai hari ini Sesi persekolahan sekolah seliaan JAIS di daerah Petaling ditangguh mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602450748_MohdShahzihanAhmad.jpg)
Sesi persekolahan sekolah seliaan JAIS di daerah Petaling ditangguh mulai hari ini
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata penangguhan itu berkuat kuasa sehingga terdapat arahan baharu daripada jabatan itu.
![Aktiviti masjid, surau di mukim Klang dan Kapar ditangguh - JAIS Aktiviti masjid, surau di mukim Klang dan Kapar ditangguh - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589526463_solat.jpg)
Aktiviti masjid, surau di mukim Klang dan Kapar ditangguh - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di mukim Klang dan Kapar, ditangguhkan mulai semalam sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
![COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid boleh diteruskan - Mufti Kelantan COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid boleh diteruskan - Mufti Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453566697_MohamadShukriMoham.jpg)
COVID-19: Solat Jumaat, aktiviti masjid boleh diteruskan - Mufti Kelantan
Beliau juga menasihati masyarakat supaya menitikberatkan soal kesihatan dan kebersihan.