KOTA BHARU: Seorang aktivis kebajikan terkenal di negeri ini sempat memasak juadah berbuka puasa kepada 1,000 asnaf beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di sini pada pagi Jumaat.
Pengasas Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan, Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni, 44, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat komplikasi jantung pada jam 2.30 pagi.
Isteri arwah, Zurawati Zulkifli, 44, berkata, suaminya mengadu sakit dada kira-kira pada jam 12 tengah malam dan tidak dapat tidur.
“Pada siang hari Khamis tu elok saja dan siap dengan memasak sekawah ayam paprik untuk diagihkan kepada 1,000 asnaf di rumah Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan di Padang Bongor.
“Selepas balik daripada mesyuarat pada malam tadi, sempat lagi tulis menu memasak untuk 1,000 asnaf berbuka pada hari ini sebelum mengadu sakit dada dan sesak nafas ketika hendak tidur," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Tok Lembek di sini pada Jumaat.
Dia berkata, suaminya dibawa ke HUSM oleh anak sulung mereka selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.
Katanya, sepanjang perjalanan, suaminya tidak berhenti-henti mengucap dua kalimah syahadah.
"Apabila tiba di HUSM dia masih boleh berjalan sendiri untuk naik ke katil hospital sebelum pemeriksaan dilakukan dan mendapati bacaan jantung mulai menurun.
“Pada waktu itu, doktor pula memintanya supaya mengucap dua kalimah syahadah dan selepas mengucap terus dia ‘pergi’.
“Beberapa hari sebelum ini, kerap dia menyebut soal kematian dan seperti memberitahu ajalnya sudah dekat. Dia pergi dengan mudah pada hari ini,” katanya.
Zurawati berkata, mereka sekeluarga reda malahan dengan senang hati ‘melepaskan’ arwah yang meninggal dunia pada bulan baik iaitu 13 Ramadan serta pada hari Jumaat.
Katanya, arwah selalu berpesan supaya meneruskan Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan walaupun dia sudah tiada.
"Juadah untuk asnaf memang dia yang masak daripada awal Ramadan dulu.
“Saya akan teruskan amanah arwah untuk melakukan kerja-kerja kebajikan di kelab yang sudah tujuh tahun ditubuhkan ini.
"Sebelum ini setiap tahun 2,000 asnaf diberikan makanan percuma namun tahun ini dikurangkan 1,000 kerana harga barang yang tinggi,” katanya.
Jenazah Allahyarham Meor Shamshir disembahyangkan di Masjid Padang Bongor di sini dengan kehadiran lebih 5,000 orang bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Allahyarham adalah seorang jurutera yang bergiat aktif dalam banyak kerja kebajikan dan pernah menerima anugerah Tokoh Kebajikan Cakna Asnaf Miskin pada Hari Kebajikan Negeri Kelantan tahun 2020.
Pemergian arwah meninggalkan dua isteri dan enam anak berusia antara dua tahun sehingga 19 tahun.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Fri Apr 15 2022
Allahyarham Meor Shamshir Meor memasak juadah berbuka puasa buat 1,000 asnaf. - Foto Sinar Harian
Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.
Fazzrudin gesa Chong minta DAP pusat selesaikan isu agihan gas
Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Datuk Fazzrudin Abdul Rahman mahu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggunakan hubungan dengan pemimpin DAP persekutuan jika ikhlas mahu menyelesaikan isu berkaitan pertikaian pengagihan gas untuk Sarawak.
Wanita dipedaya pempengaruh media sosial, rugi hampir RM9,000
Seorang wanita di Sibu kerugian hampir RM9 ribu selepas terpedaya dengan taktik jualan pakaian oleh seorang pempengaruh tempatan dan ejen jualan sebuah syarikat jualan langsung.
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan - Penyelidik MIROS
Operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
JAWI Food Bank, Dapur It'am santuni masyarakat Islam dan bukan Islam
JAWI ambil inisiatif wujudkan Jawi Food Bank untuk hulur bantuan keperluan harian dan juadah berbuka puasa kepada penduduk sekitar Wilayah Persekutuan.