Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang menggubal rang undang undang bagi meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertujuan membendung masalah pencemaran alam sekitar di negara ini dengan lebih berkesan.
Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata rang undang-undang itu kini dalam proses draf pertama dan dijangka siap hujung tahun ini.
Draf itu akan diserahkan kementerian itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses semakan dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.
"Kita perlu buat pindaan semula kerana kita tidak boleh membiarkan perkara yang mencemarkan alam sekitar ini walaupun tidak sengaja dibuat oleh pihak tertentu," katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Ahad.
Sementara itu, mengulas isu pembuangan sisa kimia ke kolam takungan berhampiran pangsapuri Taman Seri Jati Di Taman Balakong Jaya 2, Selangor, Wan Junaidi berkata pihaknya akan menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pendakwa Raya.
Katanya, laporan awal siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati, syarikat Nobel Synthetic Polymer yang membuat sarung tangan itu mengalami masalah kebocoran pada mesinnya.
Masalah itu telah mengakibatkan berlakunya pencemaran bahan kimia yang menjejaskan penduduk di sekitar kawasan terbabit.
Wan Junaidi berkata JAS dan pengusaha kilang syarikat itu sudah melakukan pembersihan di kawasan pencemaran berkenaan bermula pada Sabtu.
Anthea Yap
Mon Oct 03 2016
Wan Junaidi berkata, laporan awal siasatan Jabatan Alam Sekitar mendapati syarikat Nobel Synthetic Polymer yang membuat sarung tangan itu mengalami masalah kebocoran pada mesinnya. - Gambar fail
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
JAS ambil 204 tindakan undang-undang terhadap premis gagal patuh AKAS 1974
Tindakan melibatkan pemeriksaan terhadap pelbagai sektor industri antaranya industri penyudahan logam dan salur elektrik, kertas, pengilangan logam, plastik, dan galian bukan logam.
KASA cadang denda RM15 juta bagi pihak terlibat pencemaran sisa buangan terjadual
Pihak yang melakukan pencemaran sisa buangan terjadual mungkin berdepan hukuman denda lebih berat sehingga RM15 juta, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
KASA dalam peringkat akhir penubuhan Jabatan Air Negara - Tuan Ibrahim
KASA juga dalam proses mewujudkan Syarikat Air Negara sebagai syarikat induk utiliti air yang akan berfungsi seperti syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula
Kerjasama dengan kedua-dua kementerian itu juga bagi memastikan supaya sisa plastik import yang tidak mematuhi piawaian dihantar pulang ke negara asal mengikut perjanjian Basel Convention.
Pasir Gudang: 9 kilang diarah tutup sementara
Sebuah lagi kilang di Pasir Gudang diarah tutup sementara, menjadikan keseluruhan sembilan kilang menerima arahan itu susulan insiden pencemaran udara.
Tiada longgokan sampah dalam hutan di Ipoh
Pengarahnya Norazizi Adinan berkata longgokan sampah yang ditularkan itu sebenarnya dikumpul di tapak sebuah syarikat yang memproses sampah sebagai bahan bakar.
Pencemaran Sungai Kim Kim: Kerajaan bakal pinda akta, hukuman lebih berat
Kerajaan akan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang dengan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Penguatkuasaan lebih kerap mampu cegah pencemaran toksik - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan yang lebih kerap dan berkesan.
Pencemaran bahan kimia: Tindakan lebih berat terhadap dalang - Peguam Negara
JABATAN Peguam Negara mengesahkan telah menerima kertas siasatan berhubung insiden pembuangan sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, hari ini.
Sejumlah 100 kilang kitar semula sisa plastik haram akan ditutup - Yeo
Bagi tujuan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan pasukan petugas di peringkat ibu pejabat dan negeri yang akan merancang serta melaksanakan operasi bersepadu di negeri masing-masing.