Sebuah lagi kilang diarah tutup sementara menjadikan keseluruhan sembilan kilang menerima arahan itu susulan insiden pencemaran udara.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata selain lapan perintah tahan operasi, 147 kompaun dan notis sudah dikeluarkan setakat semalam.
Katanya, dua kilang juga sudah diserahkan arahan syor tindakan mahkamah dalam operasi penjejakan dan penyiasatan yang dijalankan.
“Secara keseluruhan, pemantauan berterusan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan terhadap 182 premis, meningkat daripada 153 sebelum ini, bagi kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
BACA: Pasir Gudang menangis lagi?
“Sebanyak 91 kompaun buangan berjadual dikeluarkan (bertambah 18 kompaun), efluen perindustrian (10 kompaun) dan 46 Notis Arahan (bertambah 35),” katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Kilang haram di Pasir Gudang akan ditutup - Bee Yin
Dalam perkembangan lain, Mohd Khuzzan berkata sehingga tengah malam tadi, tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad dan setakat ini keadaan masih terkawal.
“Seramai 31 pelajar dari 11 sekolah mengalami masalah kesihatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang, SK Senibong, SK Kopok, SMK Desa Jaya, SK Taman Pasir Putih, SK Kota Masai 3, SK Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Seri Kota Puteri.
“Daripada 31 orang yang mengalami simptom sesak nafas dan muntah, 21 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan saringan dan hanya seorang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Selain itu, 18 pasukan bantuan awal psikologi yang dibentuk oleh Kementerian Kesihatan masih meneruskan perkhidmatan sokongan psikologi di sekolah yang terjejas.
Beliau turut meminta orang ramai yang melihat atau mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan
berkenaan pembuangan sisa toksik secara haram di kawasan mereka boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui eaduan.doe.gov.my.
Hakim Rahman
Fri Jul 05 2019
![Pasir Gudang: 9 kilang diarah tutup sementara Pasir Gudang: 9 kilang diarah tutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71561283098_TBSEKOLAHTUTUP.jpg)
Setakat ini 9 buah kilang di Pasir Gudang telah diberi Perintah Tahan Operasi. - Foto Astro AWANI
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![JAS ambil 204 tindakan undang-undang terhadap premis gagal patuh AKAS 1974 JAS ambil 204 tindakan undang-undang terhadap premis gagal patuh AKAS 1974](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626156323_jabatanalamsekitar.jpg)
JAS ambil 204 tindakan undang-undang terhadap premis gagal patuh AKAS 1974
Tindakan melibatkan pemeriksaan terhadap pelbagai sektor industri antaranya industri penyudahan logam dan salur elektrik, kertas, pengilangan logam, plastik, dan galian bukan logam.
![KASA cadang denda RM15 juta bagi pihak terlibat pencemaran sisa buangan terjadual KASA cadang denda RM15 juta bagi pihak terlibat pencemaran sisa buangan terjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617535547_DatukSeriTuanIbra.jpg)
KASA cadang denda RM15 juta bagi pihak terlibat pencemaran sisa buangan terjadual
Pihak yang melakukan pencemaran sisa buangan terjadual mungkin berdepan hukuman denda lebih berat sehingga RM15 juta, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
![KASA dalam peringkat akhir penubuhan Jabatan Air Negara - Tuan Ibrahim KASA dalam peringkat akhir penubuhan Jabatan Air Negara - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600063577_FBREAKTuanIbrahim.jpg)
KASA dalam peringkat akhir penubuhan Jabatan Air Negara - Tuan Ibrahim
KASA juga dalam proses mewujudkan Syarikat Air Negara sebagai syarikat induk utiliti air yang akan berfungsi seperti syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
![P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/61518860082_PlasticBag.jpg)
P. Pinang proaktif tangani isu import plastik kitar semula
Kerjasama dengan kedua-dua kementerian itu juga bagi memastikan supaya sisa plastik import yang tidak mematuhi piawaian dihantar pulang ke negara asal mengikut perjanjian Basel Convention.
![Pasir Gudang: 9 kilang diarah tutup sementara Pasir Gudang: 9 kilang diarah tutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71561283098_TBSEKOLAHTUTUP.jpg)
Pasir Gudang: 9 kilang diarah tutup sementara
Sebuah lagi kilang di Pasir Gudang diarah tutup sementara, menjadikan keseluruhan sembilan kilang menerima arahan itu susulan insiden pencemaran udara.
![Tiada longgokan sampah dalam hutan di Ipoh Tiada longgokan sampah dalam hutan di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558970815_Sampah.jpg)
Tiada longgokan sampah dalam hutan di Ipoh
Pengarahnya Norazizi Adinan berkata longgokan sampah yang ditularkan itu sebenarnya dikumpul di tapak sebuah syarikat yang memproses sampah sebagai bahan bakar.
![Pencemaran Sungai Kim Kim: Kerajaan bakal pinda akta, hukuman lebih berat Pencemaran Sungai Kim Kim: Kerajaan bakal pinda akta, hukuman lebih berat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540035429_YeoBeeYin.jpg)
Pencemaran Sungai Kim Kim: Kerajaan bakal pinda akta, hukuman lebih berat
Kerajaan akan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang dengan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
![Penguatkuasaan lebih kerap mampu cegah pencemaran toksik - NIOSH Penguatkuasaan lebih kerap mampu cegah pencemaran toksik - NIOSH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/81514353735_LeeLamThye.jpg)
Penguatkuasaan lebih kerap mampu cegah pencemaran toksik - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menegaskan bahawa langkah penguatkuasaan yang lebih kerap dan berkesan.
![Pencemaran bahan kimia: Tindakan lebih berat terhadap dalang - Peguam Negara Pencemaran bahan kimia: Tindakan lebih berat terhadap dalang - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552459272_BAHANKIMIA.jpg)
Pencemaran bahan kimia: Tindakan lebih berat terhadap dalang - Peguam Negara
JABATAN Peguam Negara mengesahkan telah menerima kertas siasatan berhubung insiden pembuangan sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, hari ini.
![Sejumlah 100 kilang kitar semula sisa plastik haram akan ditutup - Yeo Sejumlah 100 kilang kitar semula sisa plastik haram akan ditutup - Yeo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540035429_YeoBeeYin.jpg)
Sejumlah 100 kilang kitar semula sisa plastik haram akan ditutup - Yeo
Bagi tujuan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan pasukan petugas di peringkat ibu pejabat dan negeri yang akan merancang serta melaksanakan operasi bersepadu di negeri masing-masing.