KUALA LUMPUR: Undang-Undang berkaitan pemberi maklumat atau 'whistleblower' di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) akan diperhalusi dan dikaji semula dalam usaha meningkatkan integriti nasional.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang yang ada ketika ini adalah tidak mencukupi dan perlu dikaji semula.
"Mengenai whistleblower ini, saya masih mengkaji. Dari tahun 2017, saya kata undang-undang berkaitan whistleblower ini masih belum mencukupi dan perlu dikaji semula. Kalau cakap orang kita, tiada bos. Whistleblower itu tidak dipantau oleh mana-mana pihak.
"Diletak di bawah kementerian saya di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) kementerian ini, tiada orang yang mengendalikan. Kalau kita lihat di negara lain, ia di bawah pengarah di Amerika dan ombudsman di Australia, kita kena fikir perkara itu dan saya sudah minta pihak BHEU untuk mengkajinya," katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyampaian resolusi Konvensyen Integriti Nasional 2021 (KIN2021) di Menara Integriti pada Selasa.
Beliau juga berkata kajian itu perlu bagi menjamin rahsia pemberi maklumat terpelihara sekiranya melakukan aduan membabitkan sesebuah agensi.
"Kita boleh letak di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) supaya apa sahaja aduan mengenai sesuatu agensi, pihak ini yang akan menyimpan rahsia. Jadi baru orang ramai (melakukannya), setakat ini, whistleblower tidak ramai kerana orang tidak berani untuk lapor. Kalau nak lapor pada polis, polis akan selidik dan maklumat pelapor itu polis tahu. Jadi, orang tidak guna akta pemberi maklumat ini.
"Melainkan jika ada satu agensi untuk menyelia dan orang ini akan simpan rahsia siapa yang melapor. Jadi untuk masa sekarang, ia di bawah kajian, insya-Allah kita akan cari cara memperbaiki," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Nor'afiza Saim berkata institut itu akan terus memberi tumpuan bagi menghalang perlakuan rasuah dan penyelewengan dalam sesebuah organisasi selain meningkatkan integriti sektor awam mahupun swasta menerusi pembangunan sistem baharu.
Beliau berkata berbekalkan mandat yang diberikan, pihaknya akan membantu organisasi menghalang salah guna kuasa dan rasuah dengan tumpuan adalah lebih kepada sektor swasta kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lebih kepada sektor awam.
"Kita sekarang menggunakan standard antarabangsa iaitu Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS), kita akan mula bangunkan standard sendiri iaitu Sistem Pengurusan Integriti. Jadi insya-Allah, dengan sistem ini kita boleh tingkatkan integriti dalam organisasi itu tidak kira sektor awam mahupun swasta," katanya.
Antara resolusi yang dikemukakan pada KIN2021 itu ialah menilai dan membaiki kerjasama, pengagihan semula pembangunan dan populasi berintegriti, pemerkasaan ekosistem pendidikan, merapatkan jurang komunikasi dan sistem pengurusan maklumat, pelaksanaan dan perancangan secara adil serta pengkhususan nilai kekeluargaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang yang ada ketika ini adalah tidak mencukupi dan perlu dikaji semula. - Gambar fail/BERNAMA
Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan, mengingatkan peniaga bazar Ramadan agar menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan rosak.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
KKM hampir muktamad semakan caj konsultasi GP
KKM kini di peringkat akhir perbincangan dengan DOSM bagi menyemak caj konsultasi doktor swasta, dengan keputusan dijangka diumum dalam masa terdekat selepas mendapat sokongan NACCOL dan kerajaan.
Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Ipoh.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori
Muhammad Faiz Rozaini, 31 tahun, beralamat di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, akan hadir ke SPRM hari ini bagi menyambung keterangan dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sambil menegaskan komitmennya untuk terus memberi kerjasama penuh.
489 laporan diterima babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Sebanyak 489 laporan mengenai 637 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan telah diterima.
Sehingga kini, 504 mangsa telah berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara.
Sehingga kini, 504 mangsa telah berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara.

Indonesia rancang bina penjara di pulau terpencil tempatkan pegawai rasuah
"Kita akan cari sebuah pulau, kalau mereka cuba melarikan diri, mereka akan berdepan dengan jerung," kata Presiden Prabowo.

Muhd Idzwan Syafiq ubah corak pemakanan, lawan penyakit buah pinggang
Muhd Idzwan pernah dianggap tidak mempunyai harapan untuk pulih selepas berdepan kegagalan buah pinggang akibat corak pemakanan tidak sihat.

Presiden Syria tandatangani deklarasi Perlembagaan, lancar rangka kerja peralihan lima tahun
Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai "sisa rejim terdahulu".

SPRM beri jaminan, komitmen lindungi pemberi maklumat - Azam Baki
Namun begitu, seseorang tidak boleh mendedahkan maklumat kesalahan kepada umum dan kemudian memohon perlindungan pemberi maklumat.

Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.

Akta berkaitan pemberi maklumat perlu diperhalusi, dikaji semula - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang yang ada ketika ini adalah tidak mencukupi dan perlu dikaji semula.

Dakwaan potong barisan vaksin: Individu itu bukan 'whistleblower' - KPN
Sebaliknya individu berkenaan dipanggil kerana polis ingin mengetahui daripada mana dia memperoleh sumber maklumat sedemikian, jelas KPN.

Petugas KKM dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran
Kenyataan KKM merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM.

COVID-19: Saintis dakwa diturun pangkat kerana cuba halang rawatan guna ubat malaria
Dr Rick mendakwa telah mengulangi amaran mengenai wabak COVID-19 sejurus selepas pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu.

Pendedahan audio: Lebih ramai 'whistleblower' akan berani tampil beri maklumat
Menurut Peguam, Syahredzan Johan, ini kerana pemberi maklumat atau 'whistleblower' akan menganggap pendedahan seumpamanya tidak akan dipandang remeh oleh pihak berkuasa.

PM beri jaminan perlindungan kepada syarikat korporat dedah maklumat rasuah
Syarikat-syarikat korporat yang mendedahkan maklumat mengenai sebarang perbuatan rasuah akan dilindungi.

Whistleblower: Geramm beri reaksi terhadap kenyataan Peguam Negara
Gerakan Media Marah (Geramm) hari ini mendesak agar Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dikaji semula untuk membolehkan golongan wartawan melaporkan kebenaran tanpa mendedahkan sumber.