Akta Antiberita Tidak Benar 2018 merupakan undang-undang berunsur pencegahan bagi memberi mesej jelas bahawa setiap individu mesti bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar, sihat dan sahih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan pada Rabu berkata akta itu juga merupakan yang pertama seumpamanya di dunia yang memberi kuasa kepada mahkamah untuk menentukan sesuatu berita itu benar atau tidak benar.
"Akta ini juga bersifat 'quasi criminal' yang turut memberi peluang kepada semua orang untuk mendapat perlindungan melalui permohonan perintah mahkamah untuk menurunkan sesuatu berita tidak benar yang memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak.
"Ini bagi memastikan hak kepada rakyat yang menjadi mangsa mempertahankan diri mereka untuk mendapat keadilan sewajarnya," katanya.
Akta berkenaan telah diwartakan dan berkuat kuasa pada Rabu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 9 April.
Azalina berkata secara keseluruhan, akta itu bertujuan melindungi orang awam daripada penyebaran cepat berita tidak benar yang boleh memudaratkan ketenteraman awam sekali gus memastikan keselamatan negara terus terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 11 2018
Undang-undang ini berunsur pencegahan bagi memastikan individu berkongsi maklumat tepat, sahih dan benar.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Akta antiberita tidak benar Singapura dibidas Facebook
Menurut undang-undang tersebut, laman sosial seperti Facebook perlu meletakkan amaran pada muat naik yang dinilai palsu oleh kerajaan serta membuang komen yang bercanggah dengan kepentingan umum.
Tolak pemansuhan RUU Antiberita Tidak Benar bertentangan majoriti rakyat
Semangat majoriti rakyat mahu melihat kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan membetulkan keadaan di negara ini.
TPM minta rakyat sokong RUU Antiberita Tidak Benar
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata orang yang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat.
Guna teknologi cipta inovasi, elak salah guna telefon bimbit
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menasihati rakyat agar menggunakan kemudahan teknologi untuk mencipta inovasi yang memberi manfaat.