PUTRAJAYA: 59 majikan akan dihadapkan ke mahkamah bermula bulan ini atas kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Pindaan 2019.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata ini merupakan kali pertama pendakwaan dijalankan terhadap majikan di bawah Akta 446 pindaan 2019 itu selepas penguatkuasaannya bermula pada 1 September 2020.
"Hasil pemeriksaan secara berterusan ini juga telah membawa kepada pembukaan sebanyak 124 kertas siasatan di bawah Akta 446 yang melibatkan 59 majikan pelbagai sektor termasuklah pembuatan sarung tangan getah dan perabot, pembinaan, peruncitan dan perkilangan di seluruh Semenanjung Malaysia.
"Daripada jumlah 124 kertas siasatan tersebut, 115 kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dengan 70 kertas siasatan diteruskan dengan pendakwaan," jelasnya dalam sidang media di Putrajaya pada Isnin.
70 kertas siasatan itu jelas Saravanan, melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 24D, Seksyen 24H, Seksyen 24J serta Peraturan 3 dan Peraturan 4 Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat) 2020.
Bagi setiap kesalahan, majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan.
Sementara itu, mengulas mengenai Akta 446 pindaan di bawah pindaan Ordinan Darurat bermula 26 Februari lalu, jelas Saravanan lagi, sebanyak 3,256 majikan telah diperiksa dan melibatkan sejumlah 17,576 penginapan.
"Daripada pemeriksaan itu, sebanyak lapan kertas siasatan telah dibuka dibawah Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 bagi tindakan kompaun," katanya lagi.
Justeru KSM tegas Saravanan, memohon syarikat pelbagai sektor di negara ini agar mematuhi Akta 446 dalam menjalankan tanggungjawab mengurangkan penularan COVID-19 disamping memulihkan ekonomi negara.
Tegasnya lagi, tiada syarikat akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati gagal atau enggan mematuhi akta itu.
"Saya harap syarikat-syarikat terlibat dalam siasatan ini, tolong bantu kerajaan supaya sama-sama kita tanggungjawab mengurangkan penularan COVID-19 dan perbaiki ekonomi negara.
"Kita masih bagi ruang, syarikat-syarikat ini kita minta jangan ambil kesempatan. KSM apabila melakukan siasatan, kita akan perhalusi kedudukan kewangan syarikat tersebut," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Mon Mar 15 2021
Tegas Saravanan, tiada syarikat akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati gagal atau enggan mematuhi akta itu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Majikan wanita didakwa cederakan amah warga Indonesia guna kayu
Seorang majikan wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Gagal patuh SOP penginapan pekerja, 23 majikan didakwa setakat ini
Kebanyakan majikan yang didakwa itu didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penginapan pekerja, antaranya menempatkan terlalu ramai pekerja di dalam sebuah bilik.