Akibat gagal dalam cubaan memotong, seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang maut selepas Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan bas Ekspres Mutiara di Kilometer 93, Jalan Lipis-Merapoh di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.05 pagi itu, Mohd Najib Mohd Yusoff, 48 tahun, dari Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan meninggal dunia serta merta akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Suprintenden Mohd Zain Mat Dris, kemalangan berlaku semasa bas Ekspres Mutiara yang dipandu Mohamad Asri Sulaiman, 56 tahun, dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
"Ketika itu, bas berkenaan membawa 41 orang penumpang. Sampai di tempat kejadian, bas berkenaan dirempuh dari arah depan oleh Perodua Alza yang dipandu mangsa.
"Perodua Alza berkenaan dipercayai dalam keadaan cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya, tetapi tidak lepas, lalu bertembung dengan bas berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang serta pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kesemua penumpang bas juga sudah dipindahkan menggunakan bas yang lain untuk meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur," katanya.
Mohd Zain berkata, hasil siasatan awal, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Alza semasa memotong kenderaan hadapan dan bertembung dengan bas ekspres berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Lipis untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Noraniza Kamsani
Wed Mar 28 2018
Keadaan bas ekspres dan Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 93 Jalan Lipis-Merapoh awal pagi ini, 28 Mac, 2018. Foto Ihsan Pembaca
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
Mangsa dihempap kayu balak ditidurkan semula
Kakaknya berkata, langkah itu terpaksa diambil selepas pernafasan Siti Norelyana laju akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pemandu terbabit insiden dihempap kayu balak tiada lesen memandu - Polis
Pemandu lori terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai didapati tidak memiliki lesen memandu.