Akibat tidak melangsaikan hutang sebanyak RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah sehingga mati oleh rakan senegara di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan di sini, tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian pukul 1.47 tengah hari itu, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.
Beliau berkata polis menemui mayat Hukumdev Sah Raghunath Sah, 39, yang berada dalam keadaan terbaring di dalam tandas restoran yang berkunci dari luar.
"Tiada sebarang kesan tikaman pada tubuh mangsa. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 20 tahun, yang berada di sebuah kedai berdekatan dengan lokasi kejadian.
"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa berhutang RM500 dengan suspek dan enggan membayar balik menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka," katanya di sini, hari ini.
Katanya, suspek telah menumbuk di muka dan di dada mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa pengsan sebelum menarik mangsa ke dalam tandas dan mengunci pintu tandas itu.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bernama
Sat Nov 08 2014

Akibat hutang RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah sehingga mati oleh rakan senegara di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan. -Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Akibat hutang RM500, tukang masak dibelasah sehingga mati
Akibat tidak melangsaikan hutang sebanyak RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah sehingga mati oleh rakan senegara di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan di sini, tengah hari ini.

Polis rampas lapan buah kenderaan, menahan sembilan orang
Polis merampas lapan buah kenderaan bernilai RM600,000 selepas menahan sembilan orang termasuk seorang wanita yang disyaki aktif melakukan jenayah samun kenderaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.