SHAH ALAM: Orang ramai membanjiri pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Seksyen 15, di sini, pada Isnin sehingga kaunter ditutup jam 4.30 petang bagi membuat permohonan melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.
Pencarum, Marina Ibrahim, 40, berkata, walaupun pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian, dia terpaksa ke kaunter KWSP bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan TAC.
"Saya datang untuk menukar nombor telefon dalam sistem bagi membuat permohonan dalam talian.
"Lagipun saya kurang jelas berkenaan pengeluaran wang dari akaun dua ke akaun tiga, jadi sekarang saya sudah tahu bagaimana proses yang sebenar," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Suri rumah yang mahu dikenali Annakili, 48, berkata, walaupun sudah mendaftar secara dalam talian, dia masih mempunyai kekeliruan terhadap proses caruman wang ke akaun ketiga.
Ujarnya, selain mendapatkan maklumat lanjut berkenaan caruman, dia turut mengambil peluang untuk memeriksa baki simpanan.
"Sebenarnya, saya tidak jelas berkenaan pengeluaran wang dari akaun dua ke akaun tiga, jadi sebab itulah saya datang untuk tanya bagaimana proses yang sebenar," katanya.
Pekerja swasta, Sharifah Mimpa Manap, 40, pula berkata, kehadirannya di pejabat KWSP bagi mengemas kini kata laluan TAC untuk membuat permohonan pengeluaran berkenaan.
Menurutnya, pembukaan akaun ketiga ini sedikit sebanyak dapat membantu dirinya merancang kewangan dengan lebih baik untuk kegunaan kecemasan.
Sementara itu, berbeza dengan pemuda yang bekerja sendiri, Ahmed Zareef Nur Abdul Malek, 33, berkata, kehadiran ke pejabat tersebut bukan untuk memohon pengeluaran wang dari akaun dua ke akaun tiga.
Ujarnya, dia mengambil langkah untuk mengemas kini nombor telefon bagi memudahkan membuat pelbagai urusan selepas ini.
"Saya datang hari ini bukan niat untuk membuat permohonan akaun ketiga yang berbentuk fleksibel, tapi bagi mengemas kini nombor telefon.
"Tempoh permohonan dibuka pun masih panjang, jika saya berubah fikiran senang untuk berbuat demikian nanti," katanya.
KWSP memperkenalkan akaun Fleksibel bagi membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.
Menurut kenyataan KWSP, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.
Tujuan pemberian pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel adalah bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun itu tanpa perlu menunggu caruman baharu.
Amaun yang akan dipindahkan adalah berdasarkan baki Akaun Sejahtera ahli semasa pilihan ini dibuat.
Kaedah pindahan dilakukan mengikut dua pecahan iaitu pertama baki ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera manakala yang kedua baki dalam akaun sama adalah kurang dari RM3,000.
Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024 dan ia hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut serta tidak boleh dibatalkan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 13 2024

Orang ramai beratur untuk melakukan proses pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika tinjauan foto Bernama di Jalan Raja Laut pada Isnin. -Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.