KUALA TERENGGANU: Keadaan air terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir yang keruh dan berkeladak bukan disebabkan aktiviti pembalakan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.
"Situasi yang berlaku ketika ini tiada kena mengena dengan pembalakan. Kalau kita masih ingat (banjir buruk akhir Februari lalu) ada kelihatan seolah-olah kayu-kayu balak yang jatuh (ke dalam tasik) akibat banjir.
"Ada pihak kata ini disebabkan oleh pembalakan sedangkan penelitian Jabatan Perhutanan serta jabatan-jabatan lain yang berkaitan malah saya sendiri membuat tinjauan di situ ketika itu mendapati ia bukan disebabkan pembalakan.
"Runtuhan bukit akibat hujan lebat serta aliran air yang hanyut bersama kayu menyebabkan ia dilihat seolah-olah berpunca daripada aktiviti pembalakan, tetapi tidak sebenarnya," katanya ketika sidang akhbar selepas majlis penyerahan tunggakan elaun imam, bilal masjid dan mukim Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keadaan air keruh dan berkeladak yang berlaku di kawasan air terjun di Tasik Kenyir yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan.
"Saya sentiasa berkomunikasi dengan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri sekiranya ada isu-isu baharu dan buat masa ini tiada aktiviti seumpama itu (pembalakan) yang menjadi punca kepada situasi itu.
"Semua aktiviti melibatkan perhutanan dan pembalakan di Terengganu mempunyai syarat yang ketat bagi mengelak berlaku pencemaran dan kemusnahan hutan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 14 2022

Keadaan air terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir yang keruh dipercayai berpunca daripada kesan aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan itu. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.