MERSING: Orang ramai diminta sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air terutama di pesisir Pantai Mersing susulan amaran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku hingga hingga Ahad ini.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata mereka yang ingin melakukan aktiviti di tengah laut atau pulau di sekitar perairan Mersing disaran memaklumkan kepada ahli keluarga, rakan terdekat atau pejabat maritim sebagai langkah berjaga-jaga.
Beliau berkata pengusaha bot dan feri juga perlu mengutamakan aspek keselamatan penumpang sebelum melaksanakan sebarang aktiviti air.
"Orang ramai perlu mengambil tahu mengenai keadaan cuaca dan air laut (pasang surut). Walaupun fenomena air pasang besar hanya ramalan, kita tetap perlu berwaspada," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Taman Rekreasi, Pantai Mersing di sini hari ini.
Menurutnya berdasarkan tinjauan pihaknya, fenomena tersebut berlaku di pesisir pantai berkenaan tetapi ia tidak sebesar seperti yang berlaku pada Disember lepas.
"Kami khuatir air pasang besar ini akan datang sekali dengan hujan lebat dan angin kencang yang akan memburukkan lagi keadaan," katanya dengan menambah tumpuan akan diberi di lokasi sekitar Sungai Mersing berikutan banyak bot dan feri diletakkan di jeti awam dan persendirian.
Pusat Hidrografi Nasional menerusi ciapan di Twitter memaklumkan fenomena itu berlaku disebabkan pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari.
Justeru, penduduk terutama di sekitar pesisir pantai di seluruh negara disarankan berwaspada.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Orang ramai perlu mengambil tahu mengenai keadaan cuaca dan pasang surut air laut. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Air pasang besar: JPS ramal 43 kampung berisiko dinaiki air
Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.

Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.

Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.

Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.

Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.

Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.

Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.