Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan Selangor supaya segera menghentikan penyaluran air dari kolam lombong ke sungai-sungai sebelum ia berakhir di rumah-rumah kerana ini akan menyebabkan krisis kesihatan.
Presiden MMA Datuk Dr N.K.S Tharmaseelan berkata air dari kolam lombong mengandungi bahan berbahaya yang kebanyakannya berasaskan logam seperti besi, plumbum, nikel dan mangan.
Berdasarkan laporan penyiasatan News Strait Times yang mendapati paras besi dalam kolam lombong adalah 554 peratus melebih paras normal, plumbum (460 peratus), nikel (240 peratus) dan mangan (135 peratus), beliau berkata penemuan itu menimbulkan kebimbangan.
Menurutnya paras sedemikian boleh menyebabkan kerosakan kesihatan kekal selepas beberapa hari meminum air berbahaya itu terutamanya oleh kanak-kanak.
Pada paras bertoksik itu, logam-logam berkenaan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem-sistem otak, saraf pusat, kardiovaskular dan pencernaan.
"Kesemuanya adalah karsinogen. Tidak ada rawatan berikutnya yang boleh menyembuhkan penyakit yang berpunca daripada logam-logam ini pada peringkat ini.
"Adalah lebih baik berdepan catuan air daripada diracuni oleh air. Kerajaan harus membatalkan rancangan yang 'bijak dan inovatif' ini kerana ia boleh membawa membahayakan kesihatan mereka yang mengguna air dari kolam lombong bertoksin," kata beliau.
Dr Tharmaseelan berkata MMA terkejut kerana Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, dipetik sebagai berkata bahawa air yang disalurkan dari kolam lombong untuk bekalan air ke rumah-rumah telah diuji untuk oksigen dan pH.
"Sesiapa pun boleh beritahu anda bahawa air dari kolam lombong mengandungi bahan berasaskan logam yang berbahaya. Apa yang menarik, hasil ujian berkenaan tidak boleh didedahkan untuk mengelak rakyat daripada keliru.
"Sepatutnya, mereka mendidik orang ranai selain membentangkan fakta dalam cara yang mudah difahami," katanya.
Dr Tharmaseelan berkata: "Dengan kandungan air itu pasti menjejaskan kesihatan, rakyat perlulah tahu. Jaminan yang diberikan kerana mahu mengelak daripada kritikan berikutan krisis air yang berterusan, adalah perbuatan yang langsung tidak boleh diterima."
Menurutnya MMA mengakui bahawa berlakunya masalah air di Selangor dan kerajaan negeri sedang mencari jalan untuk mengatasinya.
"...tetapi langkah jangka pendek dengan menyalurkan air dari kolam lombong ke sungai-sungai dan akhirnya ke rumah-rumah bukanlah jawapannya kerana ia sememangnya boleh menyebabkan krisis kesihatan.
"Ia umpama bom jangka. Justeru itu, MMA menggesa kerajaan negeri untuk menghentikan bekalan air ini ke rumah-rumah," kata beliau.
Bernama
Sat May 10 2014
![Air dari kolam lombong mengandungi bahan berbahaya - MMA Air dari kolam lombong mengandungi bahan berbahaya - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61393397285_295x200.jpg)
Krisis air Selangor - Gambar fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684465520_EmpanganSemenyih.jpg)
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
![Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665754379_TBCharlesSantiago.jpg)
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
![Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645528250_MohdEkhwanToriman.jpg)
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
![Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639710234_TBAIRSELANGOR.jpg)
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
![Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627524683_TBbekalanair.jpg)
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
![Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623799639_CristianoRonaldo.jpg)
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
![Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622900249_SantaMariaZacatepe.jpg)
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
![Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021 Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616552977_KetuaPerangkawanD.jpg)
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
![Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya? Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51446648580_teeth.jpg)
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
![Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612339340_AirSelangor.jpg)
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek