Kerajaan bercadang untuk menjadikan air bawah tanah sebagai sumber baharu air negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sumber air bawah tanah boleh dimanfaatkan dan dijadikan sebagai sumber air baharu negara ekoran peningkatan terhadap penggunaan air di negara ini.
Beliau berkata, kajian menunjukkan terdapat kira-kira 3 trilion sumber air bawah tanah dan hanya 1.5 peratus daripadanya digunakan.
"Jumlah yang besar itu perlu dimanfaatkan dan dijadikan sebagai alternatif agar bekalan air negara terjamin,' katanya
"Mustahil negara yang banyak sumber air tetapi menghadapi kekurangan air ... ertinya kita mempunyai kelemahan dari segi pengurusan air. Sebagai pengerusi Majlis Sumber Air Negara, saya terpukul kalau ada negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kekurangan air ... ini adalah cabaran besar," katanya.
BACA; Rang Undang-undang mengenai sumber air akan diwujudkan - Wan Junaidi
Jelasnya, negara perlu keluar daripada kepompong lama dan meneroka suatu kaedah baharu seiring dnegan hasrat Malaysia untuk mencapai negara maju tiga tahun lagi.
"Saya sempat mencatatkan apa yang disebutkan oleh Menteri tadi, maknanya air yang berada di bawah tanah boleh digunakan lagi bagi kegunaan sumber air negara.
"Saya ingin mencadangkan agar pengurusan dan penggunaan air bawah tanah ini dijadikan sumber air yang baharu," katanya.
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Hari Air Sedunia 2017 Peringkat Kebangsaan di Dataran Telok Kemang, Port Dickson petang Sabtu.
Hadir sama pada majlis itu Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut mengingatkan rakyat agar mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan air bagi memastikan kelestarian sumber air negara.
"Amalan penjimatan perlu bermula dari rumah serta institusi pendidikan dan tidak hanya dilakukan semasa berlaku krisis bekalan air." jelasnya.
Astro Awani
Sat Mar 25 2017

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (belakang, empat kiri) bergambar bersama anak-anak pewaris alam pada majlis Perasmian Hari Air Sedunia di Dataran Sri Kemang, hari ini. - Gambar BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.