MARANG: Minat mendalam terhadap bidang perniagaan dan pertanian mendorong pemegang Diploma Pembuatan, Kolej Universiti TATI (UC TATI), Aiman Asyraf Kamarudin, 33, mengusahakan ternakan lembu secara fidlot.
Walaupun sudah memiliki kerja tetap sebagai penyelia projek di sebuah syarikat telekomunikasi, anak muda yang berasal dari Kampung Wakaf Mempelam, di sini nekad meninggalkan kerjayanya enam tahun lepas untuk bergelar penternak moden.
Keputusannya itu mendapat sokongan daripada kaum keluarga yang sentiasa memberikan galakan daripada aspek kewangan dan moral.
Mengimbas ketika awal pembabitan, Aiman Asyraf berkata, beliau terfikir untuk mencuba bidang ternakan lembu fidlot selepas mendapati sebahagian besar bekalan daging lembu di pasaran tempatan datang dari negara luar.
"Saya bermula dengan lima ekor lembu sahaja di kawasan seluas setengah ekar di Kampung Tok Fakir, Mercang. Ketika itu banyak persepsi serta pandangan negatif diterima daripada masyarakat sekeliling.
"Namun semua kata-kata itu tidak melemahkan semangat saya. Daripada lima ekor lembu, saya berusaha keras dengan menubuhkan AIDEN Cattle Farm yang kini mempunyai lebih 40 ekor lembu dari baka Brahman, Charolais dan Limousine," katanya ketika ditemui di ladang Kampung Tok Fakir, Mercang, semalam.
Mengulas lanjut, Aiman Asyraf berkata, lembu yang diternak di ladangnya agak istimewa kerana diberi makanan berkualiti seperti jagung, silaj dan rumput segar selain pallet yang menjadi diet utama.
Beliau berkata, hasilnya, tekstur daging haiwan berkenaan terutama daripada baka Charolais dan Limousine lebih bermutu kerana kurang lemak, padat dan lebih lembut.
Berikutan itu setiap tahun beliau sentiasa menerima banyak tempahan awal daripada pelanggan yang ingin mendapatkan lembu untuk tujuan ibadah korban.
"Boleh dikatakan syarikat kami adalah pembekal utama lembu korban di sekitar daerah Marang. Menurut pelanggan, lembu 'sado' (baka Charolais dan Limousine) di ladang kami lebih baik berbanding jenis sama yang dibeli dari penternak lain," katanya.
Aiman Asyraf berkata, selepas enam tahun beroperasi, beliau kini memiliki tiga pekerja yang membantu menjalankan tugas rutin seperti memberi makanan ternakan serta membersih kandang.
Beliau turut dibantu adik perempuannya, Nur Syahirah Sufiah Kamarudin, 27, yang menguruskan urusan pentadbiran, kewangan dan pemasaran.
Beliau juga sering mengikuti kursus-kursus berkaitan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan bagi memajukan bidang ternakan di samping membina jaringan perniagaan, dan berkat kesungguhannya itu, beliau terpilih sebagai calon Penternak Jaya 2024 Peringkat Daerah Marang oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.
"Awal tahun ini AIDEN Cattle Farm turut mendapat pengiktirafan sebagai Kandang Bimbingan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu. Melalui program ini, pihak jabatan akan memberi khidmat nasihat, memantau perkembangan ternakan dan menyalurkan bantuan yang sesuai dari semasa ke semasa," katanya.
Tidak terhenti di situ sahaja, Aiman Asyraf berkata, Jabatan Veterinar juga berusaha membantu syarikatnya mendapatkan kawasan padang ragut untuk meningkatkan jumlah ternakan pada masa hadapan.
Beliau berkata ternakan lembu secara fidlot lebih baik berbanding kaedah integrasi kerana ia ditempatkan di kandang sepanjang masa, mudah dikawal dan tidak merosakkan tanaman penduduk setempat.-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Aiman erkata beliau terfikir untuk mencuba bidang ternakan lembu fidlot selepas mendapati sebahagian besar bekalan daging lembu di pasaran tempatan datang dari negara luar. - Gambar Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Dapatan banci bantu orang ramai teroka peluang sektor pertanian - Ketua Perangkawan
Dapatan Banci Pertanian 2024 penting untuk diketengahkan agar orang ramai dapat mengetahui pelbagai peluang yang boleh diterokai dalam bidang pertanian.
Aiman pilih ceburi ternakan lembu secara fidlot walaupun miliki diploma pembuatan
Walaupun sudah bekerja sebagai penyelia projek di sebuah syarikat telekomunikasi, Aiman Asyraf nekad untuk bergelar penternak moden.
Jamal Abdillah jual daging lembu harga 'Rahmah'
Menyahut inisiatif Payung Rahmah, penyanyi Datuk Jamal Abdillah akan menjual hasil perusahaan ternakan lembunya pada Jualan Rahmah Jamal Abdillah Farm, selama dua hari bermula Ahad ini.
Kerajaan kenal pasti syarikat asing untuk projek ternakan lembu
Rafizi berkata, projek berkenaan akan dijalankan secara profesional dan moden.
Jamal Abdillah berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu komersial
Tidak betah terus bergantung rezeki pada bidang nyanyian, penyanyi Datuk Jamal Abdillah berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu secara komersial sejak sebulan lalu.
OKU tanpa dua belah tangan cekal usahakan ternakan lembu
Rahim cekap menguruskan ternakannya termasuk mencuci kandang dan memberi lembunya makan walaupun hanya menggunakan kakinya.
Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan
Pihaknya telah melaksanakan pemantauan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan 'Sanitary and Phytosanitary' (SPS) dari masa ke semasa.