KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau berkata anugerah itu adalah bagi kategori 3G Leadership Award for Microfinance 2024 dan 3G Excellence in Women Award 2024.
"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AIM kerana sekali lagi diiktiraf di peringkat dunia apabila menang dua anugerah berprestij dalam industri kewangan Islam global.
"Saya cukup berbangga dengan pengiktirafan yang diterima AIM di peringkat antarabangsa yang membuktikan keupayaan dan kemampuan AIM dalam tadbir urus organisasi yang cemerlang dan peranannya memperkasakan wanita tempatan," katanya.
Beliau berkata penerimaan anugerah berkenaan adalah sebagai bukti serta pengiktirafan terhadap kecemerlangan, pencapaian dan kepimpinan AIM dalam industri kewangan Islam.
Menurut Ramanan, beliau yakin dan percaya anugerah itu merupakan hasil kerja keras serta komitmen padu seluruh kakitangan yang disokong oleh rakan strategik yang kekal memberikan kerjasama baik untuk AIM.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga kerja AIM yang dipimpin Pengarah Urusan Mohamed Shamir Abdul Aziz serta sahabat usahawan AIM seluruh negara.
Menurut catatan itu, Pengarah Urusan REDmoney Group/IFN Andrew Morgan telah menyampaikan anugerah kepada Pengarah Bahagian Operasi Sabah Alwani Safiei di Adress Sky View, Dubai pada 25 April lepas.
Bagi anugerah 3G pula, AIM diwakili Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) Jani Izwandy Che Jan menerima dua anugerah tersebut yang disampaikan Pengerusi Global Good Governance Programme Prof Humayon Dar di Shangri-La The Fort Manila di Filipina pada 29 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Ramanan berkata penerimaan anugerah berkenaan adalah sebagai bukti serta pengiktirafan terhadap kecemerlangan, pencapaian dan kepimpinan AIM dalam industri kewangan Islam. - Gambar FB @Ramanan Ramakrishnan Official Media
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.

Tujuh perubahan, lantikan baharu pengurusan tertinggi perkhidmatan awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'
Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan 'Bantuan Ramadan'.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Mac 2025.