MELAKA: Kerajaan negeri menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan program Jualan Murah Hari Mantai pada Khamis ini di keenam-enam kawasan Parlimen di Melaka sempena persiapan menyambut Aidilfitri.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata menerusi jualan program itu, pengguna akan menikmati potongan harga barangan keperluan sekurang-kurangnya 10 peratus lebih murah daripada pasaran.
"Lokasi pasar tani yang dikenal pasti ialah kawasan yang mudah dikunjungi rakyat di negeri ini mengikut kawasan masing-masing dan inisiatif jualan tersebut antara usaha kita membantu mengurangkan beban belanja dalam melakukan persiapan menyambut lebaran.
"Ini merupakan komitmen kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat dan kita juga berharap pengguna tidak melepaskan peluang ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Syawal Madani dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Peringkat Negeri di Merlimau di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah FAMA negeri Hairudin Yunos.
Dalam pada itu, Muhamad Akmal berkata hasil penilaian di lapangan pihaknya juga mendapati barangan keperluan untuk sambutan perayaan hari raya seperti telur, ayam, daging, santan juga mencukupi selain harga ditawar mengikut harga siling ditetapkan.
Sementara itu, beliau berkata sempena Jualan Syawal Madani dan JTDL itu, FAMA turut menawarkan jualan istimewa daging berharga RM30 sekilogram kepada 100 pengunjung terawal dan promosi menggunakan 220 kupon melalui AgroBazaar Online.
"Kita menyasarkan jualan pada program ialah RM70,000 di samping memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bekalan dan membantu usahawan meluaskan pasaran produk mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Menerusi jualan program itu, pengguna akan menikmati potongan harga barangan keperluan sekurang-kurangnya 10 peratus lebih murah daripada pasaran. -Gambar fail
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.
Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
'Buaya Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkap
Buaya yang menimbulkan kerisauan di Klebang berjaya ditangkap anggota Perhilitan di Sungai Malim, Pulau Gadong, Melaka pada malam Rabu.
SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.