GUA MUSANG: Pertubuhan Martabat Sejagat (Martabat) memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang sebelum ini dikenali sebagai Central Spine Road (CSR), di sini.
Pertubuhan mewakili anak perantau di Gua Musang itu, menerusi kenyataan, membantah tindakan penutupan tersebut yang dipercayai akan menyebabkan kesesakan jalan raya luar biasa, di samping mengganggu urusan seharian penduduk sekitar, terutama ketika musim perayaan.
Setiausaha Martabat Mohd Khairulhisham Norudin berkata tindakan menutup laluan utama pada tempoh tersebut dikhuatiri memberi kesan terhadap kelancaran perjalanan pengguna jalan raya, terutama buat anak perantau di Kelantan yang dijangka pulang ke kampung bermula 21 April ini.
"Jalan ini adalah laluan utama anak perantau di Kelantan. Mengikut jangkaan kira-kira sejuta pengguna jalan raya akan menggunakan jalan persekutuan ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 23 April ini," katanya.
JKR Jajahan Gua Musang dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) hingga KM2.4 (jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (bawah jejambat Taman Damar) akan ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah, bermula Rabu hingga 29 April, dari 8 pagi hingga 7 petang.
Mohd Khairulhisham berkata Martabat mencadangkan agar pihak berkaitan memfokuskan kerja pemasangan cerucuk di laluan lain terlebih dahulu, memandangkan penutupan itu dijangka mengambil masa lama dan berakhir pada hujung April.
Sementara itu, Pengarah JKR Kelantan, Ir Mohd Suhaili Ismail dalam hantaran di Facebook berkata pihaknya mengambil maklum kegusaran pengguna berkaitan penutupan jalan itu.
Katanya, jalan alternatif FT 008 yang lama lebih selesa dan luas untuk menampung pertambahan trafik di musim perayaan nanti.
"JKR telah mengambil pertimbangan yang sewajarnya sebagai mitigasi untuk mengurangkan kesesakan memandang laluan tersebut terdapat beberapa 'bottleneck' (jalan sempit) kesan pembinaan jalan baharu LTU.
"JKR Gua Musang akan mengeluarkan notis tambahan secara rasmi dalam masa terdekat," katanya.
Hasil tinjauan setakat pagi ini, bagaimanapun, mendapati jalan itu masih dibuka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023

Martabat membantah tindakan penutupan tersebut yang dipercayai akan menyebabkan kesesakan jalan raya luar biasa. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu maut terjun lori, kepala terhentak atas jalan
Seorang pemandu lori yang membawa muatan kelapa sawit maut selepas kenderaan yang dipandunya gagal dikawal ketika menuruni bukit di Jalan Gua Musang-Lojing, malam tadi.

Bapa, anak maut dalam nahas motosikal-4WD di Gua Musang
Jeli dan Amir meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala seorang lagi anaknya itu selamat dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Penunggang motosikal maut, putus tangan dalam kemalangan
Seorang lelaki maut apabila tempurung kepalanya pecah serta putus tangan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, tengahari tadi.

Pemandu terlelap, kereta rempuh lori dalam nahas Gua Musang
Mangsa, Nur Najiha Mohd Zaki, 20, berasal dari Pasir Mas, maut di tempat kejadian manakala tiga rakan yang turut menaiki kenderaan itu cedera.

Berhati-hati guna jalan Gua Musang-Lojing - Polis
Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 97 di sini, kini boleh dilalui semua kenderaan selepas runtuhan tanah dari lereng bukit yang menimbus sebahagian laluan itu, telah dibersihkan.

15 laluan ditutup kepada lalu lintas di Kelantan
Menurut portal banjir kerajaan negeri, lapan laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala tujuh lagi ditutup kepada kenderaan ringan.