KUALA LUMPUR: Pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ternyata dihargai rakyat negara ini apabila menerima sumbangan kewangan bernilai RM1,271,200 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sumbangan tersebut diberikan 48 agensi yang terdiri daripada badan korporat, badan berkanun, syarikat swasta dan persatuan sukarela.
“Pada tahun ini, sebanyak 58 sumbangan telah diterima dalam bentuk barangan dan kewangan.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 penyumbang telah menyumbang dalam bentuk barangan dan 48 penyumbang lagi telah menyumbang dalam bentuk kewangan.
“Jumlah keseluruhan kewangan yang diterima adalah sebanyak RM1,271,200 dan ada peningkatan daripada tahun terdahulu,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur pada Khamis.
Ismail Sabri turut meluahkan rasa terharu atas usaha yang yang dilakukan bagi menghargai dan mengingati warga tentera yang bertugas di perbatasan negara dan juga di negara lain di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Sesungguhnya usaha yang tulus dan ikhlas ini membawa pengertian yang besar bahawa pengorbanan mereka tidak pernah dilupakan apatah lagi dinafikan.
“Usaha murni ini tidak mungkin dapat menepati matlamatnya sekiranya tanpa penglibatan daripada syarikat-syarikat dan ahli korporat yang telah sudi menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan untuk disampaikan kepada perwira-perwira negara yang akan bertugas pada hari raya nanti.
“Keperihatinan dan keikhlasan mereka melalui sumbangan yang dihulurkan ini telah membuktikan bahawa masyarakat amat menghargai curahan perjuangan dan pengorbanan anggota ATM dalam menjaga tanah air tercinta ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata ATM telah menyediakan 15,000 beg hari raya yang akan diagihkan kepada anggota yang bertugas menjaga keamanan dan kedaulatan negara pada hari lebaran nanti.
“Jumlah ini adalah bagi anggota yang bertugas di perbatasan negara samada di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga di luar negara di bawah misi panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Kita akan pastikan sumbangan hari raya yang telah disediakan ini akan dapat dihantar ke destinasi sama ada di dalam mahupun di luar negara sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri," katanya lagi.
Isabelle Leong
Thu May 06 2021

ISMAIL SABRI (kiri): Keperihatinan dan keikhlasan mereka melalui sumbangan yang dihulurkan ini telah membuktikan bahawa masyarakat amat menghargai curahan perjuangan dan pengorbanan anggota ATM dalam menjaga tanah air tercinta ini. - BERNAMA

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
![[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera [KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732438705_pencariantanahruntuh.jpg)
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).