KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam esok bukan sekadar perayaan sebaliknya hari untuk menghayati nilai-nilai pengorbanan, ketaatan, kebersamaan dan keikhlasan dalam beribadah.
Beliau turut menyeru agar semua pihak berazam memperkuat hubungan silaturahim dengan keluarga, sahabat dan masyarakat setempat.
"Alhamdulillah, kita sekali lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut Aidiladha, hari yang penuh bermakna dan berkat dalam kalendar Islam," katanya.
Mengimbau kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS, Ahmad Zahid berkata kita diingatkan tentang betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan demi memenuhi perintah Allah SWT.
"Kisah ini menjadi satu manifestasi ketakwaan seisi keluarga yang mempamerkan ketabahan seorang ayah, kepatuhan seorang anak dan redanya seorang isteri serta ibu dalam mentaati perintah Allah SWT," katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.
Ahmad Zahid berkata melalui ibadah korban, kita bukan sahaja menjalankan perintah agama tetapi juga membantu mereka yang memerlukan dan menunjukkan keprihatinan serta kasih sayang kepada sesama insan.
Beliau turut mendoakan agar segala ibadah dan amalan jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci diterima oleh Allah SWT serta selamat kembali ke tanah air dengan membawa haji mabrur.
"Bagi yang belum berkesempatan, semoga Allah SWT mempermudah jalan untuk menunaikan rukun Islam kelima ini pada masa akan datang. Jadikan Aidiladha yang diraikan sebagai masa untuk memperbaharui niat dan keikhlasan dalam setiap amalan.
"Besar pengharapan agar segala pengorbanan dan usaha kita mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT serta memperkuat iman dan takwa kita kepada-Nya," kata beliau yang turut mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Datuk Seri Fadillah Yusof pula berkata Aidiladha adalah saat terbaik untuk muhasabah diri dan memikirkan pengorbanan besar yang berlaku di sekitar kita.
"Para ulil amri (pemimpin) yang berusaha keras memberikan yang terbaik untuk memajukan daulah (negara), perjuangan umat Islam mempertahankan akidah pada zaman yang penuh rencam sepertimana pada hari ini di samping menyemai kepedulian kita terhadap apa yang sedang berlaku di bumi Gaza.
"Aidiladha mengingatkan kita kepada pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS dengan menuruti perintah Allah SWT. Erti perjuangan serta pengorbanan ini amat besar dengan harapan dan keyakinan bahawa lebih besar ganjarannya di akhirat kelak," kata beliau.
Fadillah turut meminta umat Islam agar menjadikan Aidiladha kali ini sebagai manifestasi pengorbanan kepada masyarakat antaranya dengan memberi makan dan mengagihkan daging korban kepada golongan yang berhak khususnya fakir miskin.
"Mudah-mudahan ibadah haji, korban dan segala amal ibadah yang kita kerjakan akan diterima oleh Allah SWT. Saya juga yakin dan percaya sekecil-kecil pengorbanan kita pasti dinilai oleh-NYA. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat," katanya.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Ahmad Zahid menyeru agar semua pihak berazam memperkuat hubungan silaturahim dengan keluarga, sahabat dan masyarakat setempat. - Gambar FB Ahmad Zahid

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.

Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.

Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
Larangan ini merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.

Lebih 2 jam hantar lembu, kambing naik bot ke Pulau Perhentian
Haiwan berkenaan akan melalui perjalanan sejauh kira-kira 34 kilometer dari jeti di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.

1,088 permit sembelihan luar dikeluarkan di N.Sembilan sempena Aidiladha
Ia membabitkan 2,233 lembu, 488 kambing atau bebiri dan 56 kerbau.

Aidiladha: Penternak rumus makanan lembu sendiri, jaga kualiti daging, jimat kos
Seorang penternak di Sungai Merab menghasilkan rumusan makanan sendiri untuk lembu bagi ibadah korban.

PM Anwar beri sumbangan kepada 29 masjid, 13 surau sempena Aidiladha
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan Aidiladha sebanyak RM113,000 serta 42 ekor lembu kepada 29 masjid dan 13 surau di Parlimen Indera Mahkota.

Aidiladha: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing
Kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah korban.

Aman Palestin teruskan misi ibadah korban di bumi para nabi
Aman Palestin meneruskan usaha dalam misi ibadah korban di bumi para nabi dengan mengangkat tema Kongsi Kegembiraan, Ringkankan Beban pada tahun ini.

Kris Dayanti korban tiga ekor lembu sempena Aidiladha, siap diberi nama
Kris Dayanti Korban Tiga Ekor Lembu Di Aidiladha, Siap Ada Yang Dinamakan Alexander