SEPANG: Kesukaran mendapatkan bekalan makanan palet untuk haiwan ternakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas menjadi titik tolak buat seorang penternak di Sungai Merab di sini untuk menghasilkan rumusan makanan sendiri untuk lembu bagi ibadah korban.
Pengurus pusat ternakan Kumpulan Agro Selangor, Abdul Aziz Noor Azzuddin, 28, berkata menariknya, rumusan makanan berkenaan dihasilkan sendiri oleh ayahnya Noor Azzudin Abd Aziz, 57, yang merupakan pengasas syarikat berkenaan menerusi tip yang diperoleh menerusi YouTube serta berbekalkan pengalaman sebagai guru Fizik dan Sains sebelum ini.
Beliau berkata, hasilnya, kualiti daging yang lebih baik tanpa campuran bahan terlarang yang adakalanya digunakan untuk menggemukkan lembu selain membantu mengurangkan kos jualan lembu sekitar RM500 hingga RM800 seekor berbanding penggunaan palet makanan yang kosnya agak mahal.
"Lembu 100 peratus makan makanan yang kami rumuskan sendiri. Makanan utama ialah campuran jagung, dedak, kernel sawit, gandum, padi, jagung, ubi, gula merah serta protein yang kita dapatkan ilmu dari YouTube.
"Kami memilih untuk merumus sendiri makanan sebab tidak mahu terikat dengan harga palet yang ditetapkan pengeluar yang adakalanya agak menekan penternak," katanya dengan menambah turut memberi makan jerami padi yang diperoleh daripada petani di Kedah dan sayur-sayuran.
Beliau berkata, kira-kira lima hingga enam tan makanan sehari diperlukan untuk 1,300 dan 500 ternakan lembu dan kambing yang terdapat di beberapa pusat ternakan milik syarikat itu di sekitar Selangor iaitu di Sungai Merab, Gombak, Antara Gapi dan Batang Kali.
Sempena Aidiladha ini, kira-kira 1,200 ternakannya terdiri daripada kambing dan lembu telah ditempah oleh individu, pertubuhan bukan kerajaan, pengurusan masjid dan surau sejak beberapa bulan lepas yang dijual pada harga RM4,500 hingga RM7,000 seekor bergantung pada berat dan baka lembu.
Beliau bersyukur kerana ketika penternak lain mengeluh dengan kos makanan, operasi dan penjagaan yang semakin meningkat sehingga terpaksa menaikkan harga lembu korban, pihaknya masih boleh mengekalkan harga seperti tahun lepas.
Menurut beliau, ini antara lain disumbang oleh penggunaan tenaga kerja yang kurang dengan adanya penggunaan teknologi mesin pengadun makanan, stor penyimpanan makanan yang besar, selain pendapatan tambahan apabila najis lembu dijual untuk menghasilkan baja selepas musim korban berakhir.
Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan, pihaknya menjalankan program pemantauan dengan pengambilan sampel makanan haiwan di premis makanan haiwan secara berkala terhadap penggunaan antibiotik, hormon atau bahan kimia lain.
Menurut kenyataan itu, ia bagi memastikan keselamatan makanan dan melindungi pengguna dari kemungkinan bahaya yang berkaitan dengan penggunaan bahan-bahan terlarang termasuklah steriod di dalam makanan haiwan.
"Percampuran bahan terlarang termasuk steriod di dalam makanan ternakan adalah dilarang seperti dinyatakan di dalam Akta Makanan Haiwan 2009. Sebarang maklumat berkaitan percampuran bahan steriod di dalam makanan haiwan boleh dilaporkan kepada pihak DVS untuk siasatan dan tindakan perundangan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009," kata kenyataan itu lagi. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Abdul Aziz (kanan) bersama rakan sekerjanya, Asmawi Shamduin memberi makan pada haiwan ternakan di Gombak Agro baru-baru ini. - Gambar Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.