KUALA LUMPUR: Aidiladha yang akan disambut esok di Malaysia mengajar umat Islam mensyukuri nikmat dikurniakan Allah SWT dan berkorban untuk membantu golongan memerlukan serta menginsafi nasib mereka yang lebih daif dengan melakukan kebajikan agar si miskin tidak terpinggir.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan beliau pada Ogos tahun lepas iaitu memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan.
Beliau berkata dalam mendepani cabaran ekonomi yang turut dihadapi seluruh dunia, kerajaan sedaya upaya berusaha menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan yang dihadapi Keluarga Malaysia dengan segera.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak dapat melakukannya sendirian sebaliknya memerlukan seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama berganding bahu menangani cabaran itu.
"Ini adalah jihad kita bersama untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih," katanya dalam perutusan khas sempena Aidiladha 1443H yang bersiaran secara langsung di saluran televisyen tempatan malam ini.
Ismail Sabri berkata berbekalkan semangat pengorbanan yang diamalkan, Keluarga Malaysia mampu menjadikan tanah air kalis cabaran, kukuh dan terus maju dalam mendepani apa jua situasi dan cabaran mendatang.
Beliau berkata semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam turut menjadi antara elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
"Sikap berlapang dada membolehkan kita terus maju membangun dan mencegah diri daripada perbalahan yang hanya akan merugikan ummah.
"Nilai Tasamuh ini turut tersemat erat dalam urusan ibadah haji. Ia tidak membezakan status dan darjat sesama insan malah menggambarkan sebuah keluarga besar yang rukun, aman damai dan bersatu padu," katanya.
Perdana Menteri juga berkata kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu golongan daif adalah kebajikan yang diseru oleh Islam dan ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan serta kehambaan kita kepada Maha Pencipta.
Ismail Sabri berkata perayaan Aidiladha yang berkait rapat dengan keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran memberi pengertian amat besar kepada umat Islam dalam meneruskan kehidupan lebih harmoni di sebalik pelbagai ketidaktentuan ketika ini,
Pada masa sama, beliau juga menyeru Keluarga Malaysia supaya mengetepikan perbezaan fahaman politik dan membuktikan keinsafan serta kesyukuran dengan bersama-sama meningkatkan martabat agama selain memupuk hubungan baik dengan rakan daripada keturunan dan agama lain.
Beliau turut mendoakan agar urusan lebih 14,000 jemaah Malaysia di Makkah dipermudah dan mereka dikurniakan haji mabrur.
"Di kesempatan ini, saya dan isteri serta seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Islam walau di mana sahaja anda berada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022

Perdana Menteri berkata ia selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan beliau pada Ogos tahun lepas iaitu memastikan tidak ada rakyat yang ketinggalan. - Bernama
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.