Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasportnya daripada mahkamah untuk mengerjakan umrah di Makkah.
Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Tan Sri Azahar Mohamed sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zahid yang menghadapi 47 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah (CBT) dan rasuah.
Anggota panel hakim yang lain ialah Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun and Datuk P. Nallini.
Ketika menyampaikan keputusan itu, Hakim Azahar berkata, panel mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah telah memutuskan dengan cukup dan bijak dan mengambil kira semua faktor yang relevan dalam menolak permohonan Ahmad Zahid.
Katanya, mereka juga mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah memberi alasan mengapa beliau tidak menggunakan budi bicara dalam menyokong permohonan perayu (Ahmad Zahid).
"Hakim mahkamah tinggi telah mempertimbangkan bahawa Ahmad Zahid menghadapi tuduhan serius dan banyak dan pembatalan permohonannya dibuat untuk mencegah terjadinya pelanggaran terhadap peraturan jaminan.
"Kami mendapati bahawa tiada sebab yang sahih untuk kami menganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi. Justeru kami menolak rayuan ini dan mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi," katanya,
Ahmad Zahid tidak hadir di mahkamah kerana terpaksa ke Pekan bagi menghadiri upacara pengkebumian Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, yang mangkat semalam.
Panel itu membuat keputusan tersebut setelah mendengar hujah daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi yang bertindak sebagai pendakwaan.
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Mei tahun ini yang menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mei tahun ini, yang menolak permohonannya untuk memulangkan pasportnya sementara untuk mengerjakan umrah.
Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 46 pertuduhan, yang terdiri daripada 11 pertuduhan CBT, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Pada 20 Feb tahun ini, beliau dituduh dengan caj CBT yang melibatkan RM260,000 milik Yayasan Akalbudi.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan 18 November hingga 22 Nov, 2 Disember hingga 6 Disember dan 9 Disember 13 untuk perbicaraan.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019
Ahmad Zahid merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Mei tahun ini yang menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Mei tahun ini, yang menolak permohonannya memulangkan pasport sementara bagi mengerjakan umrah. - Gambar fail
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.