BANGI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan elaun pendakwah yang berkhidmat secara kontrak di bawah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), dinaikkan sekurang-kurangnya setara dengan gaji minimum.
Bercakap kepada media selepas merasmikan Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata mereka banyak menjalankan kerja-kerja dakwah serta menyantuni pelbagai permasalahan terutama dalam kalangan mualaf di kawasan pedalaman.
"Oleh kerana pendakwah atau mubaligh ini dikategorikan sebagai usaha-usaha dakwah secara sukarela dulunya dan mereka dikenali sebagai sukarelawan dalam penyebaran dakwah.
"Namun Jakim telah mengambil beberapa inisiatif untuk meletakkan mereka sebagai pendakwah, perkhidmatan secara kontrak. Maka elaun yang diberikan kepada mereka itu secara relatifnya masih rendah," katanya.
Ahmad Zahid turut menyarankan agar majis dan jabatan agama Islam negeri-negeri turut sama menaikkan elaun pendakwah di kawasan masing-masing.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ahmad Zahid itu berkata Jakim mengambil maklum perkara itu.
Menurutnya, pada masa ini pendakwah yang bergerak di bawah Jakim serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah tidak diberikan elaun atau gaji tetap.
Sebelum itu semasa berucap di hadapan lebih 700 peserta Konvensyen Mualaf MADANI, Mohd Na'im berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya Jakim bersama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri akan sentiasa memperkukuh program penghayatan Islam dalam kalangan mualaf dan masyarakat Orang Asli.
Beliau berkata kelas-kelas pengajian agama meliputi ilmu aqidah, syariah dan akhlak perlu dilaksanakan dengan komited, interaktif serta terancang.
"Kita perlu menerima hakikat, dunia teknologi komunikasi hari ini yang bergerak pantas menuntut agensi hal ehwal Islam untuk melipatgandakan usaha menyampaikan ilmu Islam termasuk di media sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
![Ahmad Zahid cadang elaun pendakwah kontrak dinaikkan Ahmad Zahid cadang elaun pendakwah kontrak dinaikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696925862_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid berkata mereka banyak menjalankan kerja-kerja dakwah serta menyantuni pelbagai permasalahan terutama dalam kalangan mualaf di kawasan pedalaman. - Gambar fail
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Ahmad Zahid cadang elaun pendakwah kontrak dinaikkan Ahmad Zahid cadang elaun pendakwah kontrak dinaikkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696925862_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid cadang elaun pendakwah kontrak dinaikkan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan elaun pendakwah yang berkhidmat secara kontrak di bawah Jakim dinaikkan.