KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 15 Jun.
Beliau mengambil alih teraju LTAT daripada Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatan pada 30 April lalu untuk berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji yang baharu.
Pengerusi LTAT Jeneral (Bersara) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Ahmad Nazim menerajui organisasi itu.
"Ahmad Nazim akan memainkan peranan yang penting dalam menerajui inisiatif transformasi serta memacu halatuju LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan dan berdaya saing.
"Kami juga amat yakin pengalaman luas beliau sebelum ini dalam sektor korporat dan pelaburan di beberapa pusat kewangan terkemuka dunia akan membawa perspektif baru bagi menjayakan pelaksanaan strategi transformasi bagi LTAT," kata Mohd Zahidi dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Nazim mempunyai pengalaman profesional selama 20 tahun dalam bidang pengurusan korporat, kewangan korporat dan pelaburan.
Sebelum berkhidmat dengan LTAT, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan bagi rantau Asia Tenggara bersama firma pelaburan dan penasihat, Allied Investment Partners yang beroperasi dari Singapura dan Emiriyah Arab Bersatu.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Berhad dari 2013 hingga 2018 serta merupakan ahli Lembaga perintis National Bank of Abu Dhabi (Malaysia) Berhad.
Selain peranan eksekutif, Ahmad Nazim juga berkhidmat sebagai ahli lembaga beberapa institusi kewangan, syarikat tersenarai dan agensi awam.
Beliau kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Tenaga, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Omesti Berhad dan Regulus Advisors Pte Ltd, sebuah dana ekuiti persendirian yang berpusat di Singapura.
Ahmad Nazim memperolehi sarjana bidang ekonomi dan polisi awam di Sciences Po di Perancis dan merupakan pemegang anugerah J William Fulbright di Georgetown University, Amerika Syarikat, di mana beliau memperolehi Sarjana Undang-undang.
Beliau juga adalah graduan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Seorang yang aktif dalam penulisan, Ahmad Nazim merupakan kolumnis akhbar The Edge Malaysia, di mana beliau banyak menyuarakan pandangan tentang hal ehwal ekonomi dan kaitannya dengan masyarakat.
Dalam kenyataan itu juga, Mohd Zahidi dan ahli Lembaga LTAT merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pegawai Kewangan, Mohammad Ashraf Md Radzi, atas kepimpinan serta sumbangannya ketika menanggung tugas sebagai Ketua Eksekutif sejak 3 Mei lalu selepas Amrin meletakkan jawatan.
Astro Awani
Mon Jun 14 2021
![Ahmad Nazim Abdul Rahman dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu Ahmad Nazim Abdul Rahman dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623647836_DatukAhmadNazimAb.jpg)
Ahmad Nazim akan memainkan peranan yang penting dalam menerajui inisiatif transformasi serta memacu halatuju LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan dan berdaya saing. - Foto LTAT
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![LTAT pelbagaikan pelaburan, tidak tumpu kepada satu entiti LTAT pelbagaikan pelaburan, tidak tumpu kepada satu entiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678834129_LembagaTabungAngka.jpg)
LTAT pelbagaikan pelaburan, tidak tumpu kepada satu entiti
Menurut Ahmad Nazim, penumpuan dalam satu entiti bukan amalan terbaik untuk pengurus dana persaraan.
![CEO LTAT sahkan pembinaan Kapal LCS sedang berjalan CEO LTAT sahkan pembinaan Kapal LCS sedang berjalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660091814_TBLCSjpg.jpg)
CEO LTAT sahkan pembinaan Kapal LCS sedang berjalan
Ahmad Nazim berkata, sebahagian besar hull (badan) kapal tersebut dibina di Lumut Shipyard, Pengkalan TLDM.
![Ahmad Nazim Abdul Rahman dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu Ahmad Nazim Abdul Rahman dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623647836_DatukAhmadNazimAb.jpg)
Ahmad Nazim Abdul Rahman dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu
Beliau mengambil alih teraju LTAT daripada Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatan pada 30 April lalu.