KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan menggariskan 20 cadangan transformasi Parlimen sekiranya dipilih menjawat jawatan itu.
Beliau mencadangkan supaya setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan dan Pembangkang disediakan seorang pegawai penyelidik bagi membantu membuat kajian dasar, ucapan, soalan dan yang berkaitan dengan tugasan di Dewan Rakyat.
Selain itu, Ahli Parlimen Pontian itu turut mencadangkan supaya mengemas kini Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO itu turut mencadangan agar mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua (Timbalan Speaker) menjadikannya tiga orang.
“Timbalan Speaker ketiga dikhususkan untuk wakil Pembangkang. Sementara itu, satu daripada tiga Timbalan Speaker seeloknya daripada Sabah atau Sarawak," ujarnya.
Dalam satu kenyataan, beliau juga mencadangkan supaya Parlimen melanjutkan masa persidangan yang rasmi antara 10.00 pagi hingga 5.30 petang kepada 10.00 pagi hingga 6.30 petang.
“Tambahan sejam ini adalah bagi membolehkan Ahli Parlimen diberikan peluang masa yang cukup untuk berbahas. Ini tidak termasuk masa-masa tambahan hingga sebelah malam jika diperlukan.
Menambah Masa Pertanyaan Menteri (MQT) daripada 30 minit pada hari Selasa dan Khamis kepada 40 minit,” katanya lagi.
Ahmad menjadi calon tunggal blok kerajaan bagi mengisi kekosongan jawatan itu selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan.
Beliau dijangka dicabar seorang lagi calon Timbalan Speaker, mewakili blok Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang iaitu Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.
Usul memilih Timbalan Speaker dijadual berlangsung Selasa ini sebaik selesai sesi jawab lisan yang bermula jam 10 pagi.
Berikut senarai 20 cadangan yang dikemukakan Ahmad Maslan:
1. Menyediakan setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan / Backbenchers dan Pembangkang seorang pegawai penyelidik bagi membantu membuat kajian dasar, ucapan, soalan dan yang berkaitan dengan tugasan di Dewan Rakyat.
2. Mengemaskini Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat/Standing Orders agar lebih sesuai, terkini dan relevan dengan kehendak semasa.
3. Mewujudkan seorang lagi Timbalan Yang di-Pertua / Timbalan Speaker menjadikan tiga orang yang mana Timbalan Speaker ke-tiga dikhususkan untuk wakil Pembangkang. Sementara itu, satu daripada tiga Timbalan Speaker seeloknya daripada Sabah atau Sarawak.
4. Parlimen terlibat dengan aktif dalam memberi pendidikan demokrasi kepada seberapa ramai rakyat melalui seminar, wacana, pameran, dialog, lawatan dan libat urus/engagement.
5. Mewujudkan Program Parlimen Pelajar untuk mereka yang di Tingkatan 4 hingga 6 bagi menambah kepada Program Parlimen Belia dan Parlimen Mahasiswa yang ada sekarang. Penglibatan Wanita adalah sangat digalakkan dalam ketiga-tiga Program Parlimen itu. Langkah ini sesuai dengan Undi18.
6. Melanjutkan masa persidangan yang rasmi antara 10.00 pagi hingga 5.30 petang kepada 10.00 pagi hingga 6.30 petang. Tambahan sejam ini adalah bagi membolehkan Ahli Parlimen diberikan peluang masa yang cukup untuk berbahas. Ini tidak termasuk masa-masa tambahan hingga sebelah malam jika diperlukan. Menambah Masa Pertanyaan Menteri (MQT) daripada 30 minit pada hari Selasa dan Khamis kepada 40 minit.
7. Memastikan minima 12-15 soalan lisan dapat dijawab dalam masa 120 minit sesi pertanyaan dengan had sekitar masa 8-10 minit untuk setiap soalan. Ini bermakna sesi Pertanyaan Lisan ditambah daripada sejam setengah kepada dua jam.
8. Memastikan ucapan Ahli Parlimen untuk dasar penting diberikan sekurang-kurangnya 20-30 minit dan jika perlu tambahan sehingga ke sebelah malam bagi memenuhi keperluan 20 minit itu. Perbahasan penting adalah seperti Usul Titah Menjunjung Kasih Diraja, Belanjawan, Pindaan Perlembagaan, Rancangan Malaysia, RUU baru seperti Akta Pendanaan Politik dan seumpamanya.
9. Rang Undang-undang yang ingin dibentangkan hendaklah diberi minima 5 hari kepada Ahli Parlimen sebelum Rang Undang-Undang itu dibahaskan bagi membolehkan Ahli Parlimen cukup masa untuk membuat kajian dengan syarat kerahsiaan dan Embargo diletakkan.
10. Memperuntukkan RM60,000.00 setahun dengan kiraan RM5,000.00 sebulan kepada Ahli Parlimen Pembangkang dan Ahli Parlimen Bebas untuk menguruskan Pusat Khidmat di kawasan masing-masing. Peruntukan itu dianggar mencukupi untuk elaun dua staf dan sewa sebuah pejabat.
11. Mengadakan Hari Terbuka Kementerian secara berkala di Parlimen untuk Ahli Parlimen bertemu secara terus dengan Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Pengarah dengan penjadualan yang tersusun pada setiap kali sesi sidang.
12. Sesi Kamar Khas perlu ditambah waktu dan diadakan pada setiap hari pada sebelah petang dengan membenarkan Ahli Parlimen bertanya soalan tambahan dan disiarkan juga secara langsung oleh media perdana.
13. Mengadakan latihan pendedahan media sosial kepada Ahli Parlimen dan Kakitangan Ahli Parlimen dan juga latihan komunikasi, pengurusan, antarabangsa serta ilmu terkini yang relevan dari masa ke semasa.
14. Menambah bilangan Jawatankuasa Pilihan Khas yang meliputi pendidikan, agama, sosial, pekerjaan, perumahan, indeks gaji, gejala sosial, bisnes online, kesihatan, ekonomi, kewangan, pembangunan tanah, pelaburan, alam sekitar, mencari pendapatan baru kerajaan dan lain-lain yang sesuai.
15. Menyokong cadangan kerajaan untuk Transformasi Parlimen sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 September 2020, iaitu:-
i. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen
ii. Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.
iii. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
iv. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.
v. Setiap Rang Undang-Undang termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujukan secara bersama.
vi. Ahli Parti Pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.
vii. Ketua Pembangkang diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri.
16. Setiap Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan / Backbenchers dan Pembangkang diberikan peruntukan khas untuk sesi Townhall/libat urus dengan rakyat dan pemegang taruh di kawasan bagi mendapatkan pandangan untuk isu pembangunan, kebajikan rakyat dan Rang Undang-Undang baru.
17. Mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas diberi elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun khas dengan jumlah yang kecil namun munasabah dengan kekerapan mesyuarat yang sesuai.
18. Mencadangkan agar Sesi Dialog dengan rangkaian media arus perdana diadakan secara berkala melibatkan Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan / Backbenchers dan Pembangkang untuk memberikan pandangan mengenai isu-isu semasa.
19. Meletakkan adab dan tatasusila yang tinggi dalam perbahasan agar imej Parlimen dihormati pada pandangan rakyat bagi mengelakkan Parlimen dianggap sebagai “sarkas ahli politik”.
20. Menghidupkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen supaya Parlimen mempunyai autonomi daripada segi peruntukan, tanggungjawab, kebajikan kakitangan dan perjawatan.
Astro Awani
Sat Sep 11 2021
Calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan menggariskan 20 cadangan transformasi Parlimen sekiranya dipilih menjawat jawatan itu. - Gambar fail/BERNAMA
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Jumlah mangsa banjir melebihi 2,000 orang, 11 PPS dibuka
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 2,180 orang mangsa daripada 385 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.
Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lalu akibat sesak nafas.
Pemuda Pas terbuka bekerjasama dengan UMNO - Afnan Hamimi
Pas secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO, sekiranya parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
PRN Sabah: UMNO akan kerjasama dengan PH, kaedah terbaik kekalkan Kerajaan Perpaduan
UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Isu sijil halal: DAP kekal bantu UMNO dalam PRK Mahkota
DAP kekal komited membantu kempen calon UMNO pada PRK Mahkota walaupun berlaku perselisihan faham antara segelintir pemimpin kedua-dua parti berkaitan isu pensijilan halal.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid didengar pada 12 Disember
Mahkamah Rayuan telah menjadualkan semula pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah kepada 12 Dis.
PAU 2024: UMNO mesti berkongsi kuasa, kekuatan parti tidak memadai untuk perintah sendirian - Khaled
UMNO mesti berkongsi kuasa dengan pelbagai parti lain memandangkan kekuatan parti itu tidak memadai untuk memerintah sendirian, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.