KUALA LUMPUR:Lebih daripada seorang Menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipercayai bakal mengosongkan portfolio masing-masing dalam masa terdekat.
Menurut sumber, langkah tersebut dipercayai sebahagian daripada rombakan kabinet.
“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun berjumpa dengan dua menteri berkenaan, selepas selesai mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam,” kata sumber tersebut kepada Astro Awani.
Pemerhati politik berpendapat salah satu sebab pengguguran itu, adalah bagi memberi laluan kepada ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hilang kepercayaan sebagai Menteri Besar di Dewan Undangan Negeri Perak semalam.
“Menteri-menteri berkenaan paling tinggi dalam senarai (pengguguran) sekiranya Perdana Menteri perlu menggugurkan ahli Kabinet untuk memberi laluan kepada yang lain,” kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi hari ini?
BACA: Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti
Dalam pemilihan Bersatu Julai lepas, Ahmad Faizal telah dipilih sebagai Timbalan Presiden Bersatu selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan tersebut.
Namun, situasi yang berlaku di Perak semalam dilihat memperlihatkan kemungkinan Faizal bakal diberi tempat di peringkat persekutuan, selaras dengan jawatannya sebagai orang nombor dua parti.
Bagaimanapun Ahmad Faizal ketika dihubungi Astro AWANI semalam telah menyatakan bahawa beliau mahu memberikan tumpuan kepada Perak, biarpun sebagai ADUN biasa.
“Saya fikir buat masa sekarang ini saya rehat dulu. Tetapi terkejut juga pagi tadi (semalam) datang pejabat Menteri Besar, petang dah hilang jawatan...rasa pening juga. Tapi let me just focus on kerja-kerja di kawasan dulu, I’m not thinking about any other position.
“Saya mohon kepada semua ahli-ahli Bersatu, semua rakyat, semua penyokong UMNO yang berjaya mengeluarkan saya supaya bersabar, tak payah nak bakar mercun raikan kejayaan itu, kepada Bersatu pula bersabar tak payah nak bergaduh, tak payah tak bertegur sapa, suami-isteri anak beranak tak payah nak putuskan silaturrahim kerana alasan politik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI semalam.
BACA: Keperluan rombakan Kabinet kuasa autonomi Muhyiddin - Ahmad Jazlan
BACA: UMNO tak boleh duduk di 'second fiddle' terlalu lama - Shahril Hamdan
Sementara itu, rentetan episod yang berlaku di Perak, pemerhati politik berpendapat UMNO akan kembali menuntut agar diberikan lebih kepentingan dalam Putrajaya, terutamanya jawatan nombor dua Kerajaan iaitu Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Pada 29 November lepas, Menteri Kanan Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, parti itu akan membangkitkan semula isu jawatan TPM, selepas selain perbahasan pembentangan Belanjawan 2021.
Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan sebagai berkata, tuntutan itu dianggap perlu dengan kehendak akar umbi selepas UMNO dan Barisan Nasional hanya memperoleh satu jawatan Menteri Kanan sedangkan ia merupakan komponen terbesar dalam Kerajaan Persekutuan iaitu dengan 42 kerusi Parlimen.
Firdaus Azil
Sat Dec 05 2020
![Ahmad Faizal Azumu menuju Putrajaya? Ahmad Faizal Azumu menuju Putrajaya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/61574402771_TBMBPERAK.jpg)
Situasi yang berlaku di Perak semalam dilihat memperlihatkan kemungkinan Faizal bakal diberi tempat di peringkat persekutuan, selaras dengan jawatannya sebagai orang nombor dua parti. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
![Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702363581_TBFADILLAHSHANGHAI.jpg)
Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
![Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702361457_TBFadillahYusof.jpg)
Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.
![Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702358668_TBKabinetjpg.jpg)
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
![Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702356052_limhuiying.jpg)
Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.
![Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702355870_TBKabinetjpg.jpg)
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
![Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699246884_AnwarIbrahim.jpg)
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697469661_AnnikenHuitfeldt.jpg)
Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt.
![Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696467454_TBAbdulAzizRahman.jpg)
Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II
Katanya, jika jawatan itu wujud, tidak timbul masalah bagi PM untuk terus kekal sebagai Menteri Kewangan walaupun berdepan jadual padat.
![Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696335621_AhmadZahidHamidi.jpg)
Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid
Perihal rombakan Kabinet tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.