JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto, pada Rabu merombak Kabinetnya dengan menggantikan seorang menteri dan tiga ketua institusi negara untuk meningkatkan prestasi kerajaan, lapor Xinhua.

Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.

"Saya akan bekerja dan mengukuhkan sokongan terhadap program presiden. Kami mahu pelaksanaan inisiatif presiden dipercepatkan dan saya akan membantu," kata Yuliarto selepas pelantikannya di Istana Presiden.

Selain itu, Yusuf Ateh dilantik sebagai Ketua Agensi Penyeliaan Kewangan dan Pembangunan, Amelia Adininggar Widyasanti dilantik sebagai Ketua Agensi Pusat Statistik manakala Nugroho Sulistyo Budi memegang jawatan baharu sebagai Ketua Agensi Siber dan Kriptografi Negara.

-- BERNAMA