KUALA LUMPUR: Menggunakan modal "kaum Melayu terancam" tidak lagi sepatutnya dibangkitkan segelintir ahli politik untuk memastikan kedudukan mereka terus kekal.
Pengasas bersama Sisters in Islam (SIS) Zainah Anwar memaklumkan slogan yang menyentuh isu agama dan kaum harus dihentikan kerana ia tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.
"Kita harus sedar bahawa ini semua adalah strategi politik; ini adalah projek politik. Mewujudkan ketakutan dan kebencian sebegini sangat merosakkan Malaysia.
"Bagaimana ia akan membantu orang Melayu apabila anda (pemimpin) membina ketakutan dan ketakutan ini membawa kepada membina keyakinan rakyat yang mana ia paling penting," katanya pada forum After Decades of Islamisation: Where are You, Malaysia? anjuran Sisters in Islam di sini pada Ahad.
Zainah mempersoalkan bagaimana kaum Melayu boleh berasa terancam sedangkan lebih 60 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada orang Melayu yang dikatakan terpaksa tunduk kepada kehendak penduduk minoriti atas dasar kepentingan rakyat di negara ini.
"Apabila kuasa politik di tangan orang Melayu, majoriti Ahli Parlimen adalah orang Melayu.
"Orang Melayu mendominasi perkhidmatan awam, angkatan tentera, pasukan keselamatan, polis... macam mana orang Melayu boleh terancam," soalnya.
Tambah beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya memastikan perpaduan terus terpelihara dan menghalang golongan berkenaan daripada menggunakan naratif "Melayu terancam" dalam memastikan kestabilan negara terus terjamin.
“Mampukah Perdana Menteri menjadi peneraju bagi naratif nasional baharu lebih positif yang akan menginspirasi keyakinan untuk menentang naratif merosakkan, 'Melayu terancam' dan 'Islam terancam''.
"Ini kerana naratif itu telah 'mengoyakkan' fabrik sosial negara ini.
“Bolehkah beliau mencampakkan UMNO yang sebenarnya lebih suka melihat parti itu binasa daripada menukar kepimpinan?
"Bolehkah beliau membawa majoriti orang Melayu kembali ke jalan mengakui bahawa negara ini tidak boleh bertahan, dan orang Melayu tidak boleh maju jika kita tidak mengamalkan politik penyatuan,” kata Zainah lagi.
Tambah beliau, negara memerlukan pelan tindakan, kemahuan politik, serta keberanian.
Faida Rahim
Sun Jul 09 2023

Zainah berkata slogan yang menyentuh isu agama dan kaum harus dihentikan kerana ia tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara. -Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.