Kalangan penunggang motosikal tidak melepaskan peluang mendapatkan petrol percuma di Stesen Minyak Caltex, Gebeng di sini, sumbangan seorang ahli perniagaan.
Petrol percuma untuk motosikal itu adalah dari 12 tengah hari hingga 2 petang dan 4 petang hingga 6 petang hari ini.
Pekerja kilang Mohd Zain Zamil 'mengorbankan' masa rehatnya hari ini untuk beratur mendapatkan petrol percuma itu dan menurutnya dia berulang-alik hampir 60km dari rumahnya di Bandar Chendor Baru ke Gebeng untuk bekerja.
"Setiap hari saya mengisi minyak di sini, dan semalam ternampak notis di pam minyak dan kaunter bayaran (mengenai minyak percuma). Saya fikir tidak mengapa untuk keluar isi minyak semasa waktu makan hari ini," katanya semasa ditemui Bernama di stesen minyak itu.
Mohd Zain yang menyifatkan pemberian itu sebagai 'rezeki terpijak' berterima kasih kepada 'pemberi misteri' itu dan mendoakan beliau dimurahkan rezeki untuk terus berkongsi rezeki dengan individu lain.
Pelajar Wan Mohd Aiman Wan Zakaria, 16, pula tidak menyangka pemberitahuan minyak percuma di laman sosial Facebook itu adalah benar dan mula berasa teruja sebaik sahaja melihat ramai penunggang motosikal beratur di stesen minyak tersebut.
"Sebelum ini saya ada baca tentang minyak percuma di Kedah dan tak sangka akan lalui pengalaman serupa di sini. Semasa keluar rumah, saya cakap mahu cuba nasib sahaja supaya tidak kecewa jika berita (minyak percuma) itu palsu," katanya.
Wan Mohd Aiman berkata dia menunggang motosikal ke sekolah setiap hari dan minyak percuma yang diisi hari ini boleh bertahan selama empat hari.
Pengawal keselamatan Muhammad Arif Abbas, 52, menjadi orang pertama yang mengisi minyak percuma itu memandangkan dia mula beratur di pam minyak terbabit 30 minit sebelum masa pemberian minyak percuma bermula 12 tengah hari.
Dia yang tinggal di Balok Makmur di sini mengetahui mengenai minyak percuma itu daripada adik iparnya yang membaca notis di stesen minyak berkenaan semalam.
Sementara itu, pekerja stesen minyak itu Aishah Mohd Basha, 26, berkata minyak terbabit sumbangan ahli perniagaan lelaki berusia 45 tahun yang enggan dikenali, yang merupakan rakan kepada pemilik stesen minyak itu.
Katanya, notis pemberitahuan minyak percuma pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dan 4 petang hingga 6 petang hari ini, ditampal sekitar stesen minyak selain diuar-uarkannya di laman sosial Facebook dan WhatsApp.
"Tiada had ditetapkan dan pengguna boleh mengisi sehingga tangki motosikal penuh di dua pam yang ditetapkan. Bagaimanapun, ia hanya untuk penunggang motosikal dan mereka tidak dibenarkan mengisi minyak ke dalam tong," katanya.
Aishah menambah perkara itu merupakan pengalaman baharu untuknya yang telah enam tahun bekerja di stesen minyak berkenaan dan menyifatkannya sebagai cara menderma 'di luar kotak'.
"Ramai yang sukar untuk percaya. Saya sendiri beberapa kali menjawab komen daripada orang ramai yang bimbang jika notis itu ditampal oleh mereka yang mahu bergurau," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
Gambar fail penunggang motosikal beratur di Stesen Minyak Shell Tikam Batu di Kedah Jumaat lalu untuk mendapat minyak petrol percuma yang disumbangkan seorang pesara, Abd Ghani Haron, 60. - fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Ahli perniagaan 'belanja' minyak motosikal di Gebeng
Kalangan penunggang motosikal tidak melepaskan peluang mendapatkan petrol percuma di Stesen Minyak Caltex, Gebeng, sumbangan seorang ahli perniagaan.