JAKARTA: Ahli Parlimen Indonesia mendesak kerajaan mewujudkan satu dasar untuk memboikot produk Israel, sebagai tindak balas terhadap serangan rejim itu ke atas Palestin.
Pengerusi Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan (Parlimen Indonesia), Yandri Susanto berkata, selain memboikot, beliau turut menekankan supaya kerajaan tidak menjalinkan hubungan diplomatik dan mengadakan rundingan dengan Israel.
"Kami mendesak kerajaan memboikot produk Israel. Produk mereka tidak akan dibenarkan masuk ke Indonesia lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun tidak menjalin hubungan diplomatik, Indonesia dan Israel mempunyai hubungan perdagangan, tambahnya.
Menurut Agensi Statistik Pusat jumlah dagangan antara Indonesia dan Amerika Syarikat pada 2020 bernilai AS$27.2 bilion, dengan Indonesia mencatat lebihan AS$10.04 bilion.
Data agensi menunjukkan pada suku pertama 2021, Indonesia telah mengimport 144 tan metrik barangan bernilai AS$1,785,870 dari Israel.
Barangan yang diimport dari Israel termasuk alat ganti atau komponen senjata; komponen enjin; peranti elektronik; produk perladangan, seperti kopi dan kurma; peralatan elektrik; komponen bateri; dan mesin pengeluaran rokok.
Indonesia pula mengeksport lebih 11,000 tan metrik barangan, bernilai AS$30,986,779 ke Israel. - BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021
Ahli Parlimen Indonesia mendesak kerajaan mewujudkan satu dasar untuk memboikot produk Israel, sebagai tindak balas terhadap serangan rejim itu ke atas Palestin. - Gambar REUTERS
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Polis tembak polis kerana pengusaha lombong haram
Insiden polis menembak rakan setugas berlaku lagi di Indonesia, kali ini terjadi di balai polis Solok Selatan, Sumatera Barat.
Indonesia: Bakar suami selepas periksa akaun bank berkurangan
Seorang wanita hilang kewarasan apabila bertindak membakar suaminya, selepas tidak berpuas hati melihat akaun bank mangsa berkurangan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Ernie Zakri menang anugerah pertama di Indonesia, 'Masing Masing' dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sejarah tercipta, Indonesia secara rasminya pasukan paling berjaya ASEAN
Selepas menewaskan pasukan Arab Saudi, Indonesia secara rasminya dinobatkan selaku gergasi Asia Tenggara paling berjaya dalam sejarah.
Indonesia unjur pertumbuhan eksport sehingga 9.6 peratus menjelang 2029
Kementerian Perdagangan Indonesia meramalkan penghantaran ke luar negara berpotensi meningkat sehingga 9.6 peratus menjelang 2029.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.