Beliau memaklumkan, mereka diberi notis dibawah kesalahan melanggar peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
“Kita telah mengeluarkan notis kepada lapan orang dan ini selaras dengan usaha kita untuk menjadikan parlimen sebagai ruang bebas udara,” katanya pada sidang media di lobi parlimen, hari ini.
Katanya lebih 20 anggota KKM dihantar khusus untuk memantau tiga lokasi yang sering menjadi tumpuan perokok.
Tambahnya, kompoun akan ditentukan oleh mahkamah.
Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, menyatakan individu yang merokok di tempat larangan boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM500.
Jika gagal menjelaskannya boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua bulan atau kedua-duanya sekali.