JOHOR BAHRU: Ahli keluarga Mila Sharmilah Samsusah atau Bella dinasihat agar menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi mahupun andaian yang boleh mengganggu prosiding kes itu.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata suspek kes itu, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Batu Pahat pada 24 Jan lepas dan pihak keluarga seharusnya membiarkan proses perundangan berjalan tanpa sebarang tindakan campur tangan.
"Biar mahkamah yang buat keputusan... kita jangan adili sesiapa sebagai orang awam, kita ada mahkamah yang mulia, perbicaraan akan berlangsung dan setiap yang terlibat akan diberi peluang untuk membela diri," katanya selepas melancarkan Misi Jelajah Ramadan MyFundAction di Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan kakak Bella yang dilihat lantang memberikan komen di laman Facebook berkaitan kes itu.
Kumar berkata polis juga akan meneliti hantaran dimuat naik oleh ahli keluarga Bella di media sosial sebelum memberi ulasan lanjut.
Mohammad Haikal, yang juga teman lelaki Bella, telah didakwa membunuh wanita berusia 32 itu di Tongkang Pechah di sini pada Disember tahun lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh, yang bekerja sebagai posmen, didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 malam 14 Dis hingga 5.30 pagi 15 Dis tahun lepas di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di Batu Pahat.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Kumar berkata polis juga akan meneliti hantaran dimuat naik oleh ahli keluarga Bella di media sosial sebelum memberi ulasan lanjut. - Gambar Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pengawal peribadi mengaku tidak bersalah tunjuk pistol terhadap pekerja kedai emas
Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua pekerja kedai emas semasa rompakan di sebuah pusat beli-belah.

Ahli keluarga Bella dinasihat hormati prosiding mahkamah
Ahli keluarga Mila Sharmilah Samsusah atau Bella dinasihat agar menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi.

Dua anggota 'Geng Pian' didakwa samun, rompak bersenjata
Dua anggota "Geng Pian" didakwa di tiga Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan melakukan samun dan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau.

Wanita maut disyaki dipukul suami guna dumbel angkara cemburu
Seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam awal pagi Jumaat.

Stor simpan diesel bersubsidi diserbu kali kedua
Sebuah stor yang dijadikan tempat menyimpan diesel bersubsidi di Tanjung Putus Permatang Pauh diserbu sekali lagi oleh KPDN Pulau Pinang, 10.30 pagi tadi.

Iran perkenal undang-undang berkaitan tudung kontroversi
Hukuman termasuk denda dan juga penjara, akan dikenakan di Iran pada masa depan kepada wanita yang melanggar syarat ketat untuk bertudung, lapor agensi berita (dpa) Jerman.