Pelbagai cara digunakan oleh ah long untuk menarik perhatian orang ramai supaya meminjam wang melalui taktik terbaru dikesan dengan meletakkan gambar kartun pada iklan selain menggunakan aplikasi Whatsapp.
Taktik terbaru itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak menerusi operasi khas yang dilakukan di beberapa kawasan bagi membanteras aktiviti peminjaman wang haram di sini hari ini.
Ketua JSJK Perak Supt Lee Ewe Kiang berkata dalam operasi bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari, pihak polis serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menurunkan 1,200 iklan di tepi jalan utama di sekitar Jelapang, Meru, Ampang Baru dan Tambun.
"Operasi membabitkan sembilan anggota polis serta 12 kakitangan MBI dapat mengesan mereka (ah long) menggunakan cara baharu dengan meletakkan gambar kartun pada iklan yang digantung selain mereka boleh dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Lee berkata untuk tahun ini pihak polis telah menahan 21 ah long membabitkan 59 kes dan operasi secara berkala antaranya menurunkan iklan terus dijalankan.
"Saya tak boleh kata kes melibatkan aktiviti ah long ini bertambah atau berkurang kerana aktiviti ah long sentiasa ada kerana mereka sentiasa mengubah cara untuk mengelak dikesan.
Lee turut menasihati orang ramai supaya meminjam wang daripada institusi kewangan yang lebih selamat seperti bank dan peminjam wang berlesen bagi mengelak sebarang kesulitan di kemudian hari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2017

Orang ramai dinasihat supaya meminjam wang daripada institusi kewangan yang lebih selamat seperti bank dan peminjam wang berlesen bagi mengelak sebarang kesulitan di kemudian hari. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.

Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.

Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.

Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.

Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.

Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.

Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.

Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.

Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.

Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.