Set televisyen sering menjadi pilihan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk dijadikan kurniaan kepada pasangan raja sehari.
Ramli Mahmud, 68 tahun, yang berkhidmat sebagai Pengelola Istana Abdulaziz di sini, sejak 2007 berkata ada kalanya Tunku Azizah juga berkenan mengurniakan set pinggan mangkuk kepada pasangan pengantin.
"Setiap kali baginda berkenan untuk mencemar duli berangkat menghadiri jemputan majlis perkahwinan, Sultan Abdullah akan menitahkan saya untuk membeli televisyen dan dihantar ke lokasi majlis.
"Kadangkala tertanya juga mengapa televisyen? Namun saya tidak ada jawapannya...yang pasti saya sendiri sudah tidak ingat berapa banyak set televisyen sudah dibeli," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Menyatakan bahawa Sultan Abdullah amat menghargai 'pemberian orang', Ramli yang berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang, berkata beliau ada menerima pertanyaan mengenai hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada Seri Paduka Baginda.
Memahami usaha mencari hadiah sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada seorang raja mungkin sukar berikutan statusnya, Ramli berkata antara hadiah yang disukai Sultan Abdullah Ri'ayatuddin adalah album gambar.
"Tuanku suka jika diberikan album khususnya jika ada gambar-gambar lama baginda. Ada masanya pada waktu senggang, Tuanku akan menitahkan supaya album dikeluarkan dan akan mengenang semula kisah di sebalik gambar.
"Ada masanya baginda akan melihat gambar semasa muda dan bertanya jika saya masih mengingati siapa yang berada di dalam gambar dan bertanya jika saya tahu perkembangan individu tersebut," katanya.
Ramli, yang merupakan bekas pemain bola sepak Pahang sekitar tahun 1970-an, berkata Sultan Abdullah Ri'ayatuddin dan Tunku Azizah Aminah juga amat prihatin dengan kebajikan kakitangan, menyebabkan hampir semua kakitangan yang sudah berpencen kembali bekerja.
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin turut menitahkan supaya setiap kakitangan yang tidak sihat disembah maklum untuk pengetahuan Seri Paduka berdua, dan untuk memastikan dirinya tidak lupa, Ramli sentiasa membawa buku nota kecil bagi mencatat maklumat penting.
"Saya perlu memastikan makanan dari Istana Abdulaziz dihantar kepada kakitangan yang dirawat di hospital setiap kali waktu melawat. Titah sama juga diberikan jika melibatkan kerabat dan rakan Tuanku, walaupun semasa itu baginda berdua tiada dalam negara.
BACA: Ikuti laporan komprehensif Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI
"Jika ada kemalangan yang diketahui Tuanku, saya perlu tahu perkembangan orang yang terlibat. Saya perlu sembah maklum laporan polis dan laporan doktor. Semuanya perlu diambil kira kerana baginda sudah pasti akan bertanya," katanya.
Sementara itu, bekas pengawal peribadi Raja Permaisuri Agong, Kamarulzaman Md Nor, 60 tahun, yang baru bersara Julai lalu selepas berkhidmat dari 1980, mengakui akan kemurahan hati pasangan diraja itu, terutamanya kepada kakitangan istana.
Mengambil contoh Tunku Azizah, yang dipertanggungjawabkan kepadanya dari mula baginda berkahwin dengan Sultan Abdullah pada 1986, Kamarulzaman berkata baginda sering mengurniakan telefon bimbit kepada pekerja, selain cermin mata kepada banduan di Bengkel Tenun Diraja Penjara Penor di Pekan.
"Pernah juga saya memohon izin untuk membeli motosikal yang tidak digunakan di istana pada harga murah bagi kegunaan anak yang mahu sambung belajar dan Tunku Azizah menitahkan supaya motosikal itu diambil sahaja," katanya yang merupakan anak jati Kampung Peramu, Pekan.
Kamarulzaman, yang kini menyambung semula khidmat sebagai pekerja am di Istana Abdulaziz, berkata Tunku Azizah tidak membezakan santapan Sultan Abdullah dengan hidangan kepada kakitangan kerana makanan sama akan disajikan terutamanya jika baginda memasak semasa berada di luar negara.
Katanya Tunku Azizah juga tidak berkenan jika pengawal peribadi baginda mengarahkan orang ramai untuk ke tepi bagi memberi laluan kepada baginda semasa membeli-belah atau di kawasan ramai orang pada waktu santai baginda.
"Berkali-kali juga baginda berpesan supaya jangan dibetulkan jika ada orang yang menggelar baginda sebagai kakak atau sebagainya (kerana tidak mengenali baginda). Baginda senang begitu kerana boleh mengajak orang itu berborak.
"Pada awalnya kita agak kekok juga bila mendengar (gelaran kakak) tapi lama-kelamaan sudah mula terbiasa. Baginda sebenarnya tidak suka dilayan atau disambut secara berlebih-lebihan," katanya.
WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).
Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.
Bernama
Mon Jul 29 2019
RAMLI: "Setiap kali baginda berkenan untuk mencemar duli berangkat menghadiri jemputan majlis perkahwinan, Sultan Abdullah akan menitahkan saya untuk membeli televisyen dan dihantar ke lokasi majlis." - Gambar fail/BERNAMA
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
#AgongKita: Ucapan tahniah, daulat tuanku banjiri media sosial
Ucapan tahniah dan 'Daulat Tuanku' membanjiri media sosial sempena pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.
#AgongKita: Rakyat Johor berbilang bangsa teruja saksi pertabalan Sultan Ibrahim
Rakyat Johor berbilang bangsa dan agama di bandar raya ini teruja menyaksikan detik bersejarah Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
#AgongKita: Biodata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Berikut ialah biodata rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.
Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini, hari ini bagi menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, esok.
#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.
Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Rakyat harap Sultan Ibrahim bawa kecemerlangan dalam pemerintahan negara
Harapan rakyat kepimpinan Yang di-Pertuan Agong menjadikan Malaysia lebih harmoni.